Nak Jadi Jutawan Dengan Berniaga Online? Ini 5 Langkah Mudah Yang Anda Perlu Lakukan

Hiburan

Nak Jadi Jutawan Dengan Berniaga Online? Ini 5 Langkah Mudah Yang Anda Perlu Lakukan

Hujung minggu lalu, ketika berjalan bersama-sama isteri dan anak-anak di The Curve, Abang Nara terjumpa dengan seorang kawan lama. Kami pun duduk berborak-borak sambil meminum kopi di Coffee Beans. Setelah bertanya khabar dan update perkembangan masing-masing, kawan Abang Nara pun bertanya:-

“Bro, aku ingat nak meniaga online la. Kau rasa ok tak?”

Advertisement

Selaku seorang yang dah berkecimpung di dalam dunia Internet lebih daripada 10 tahun, Abang Nara pun menjawab dengan yakinnya:-

“Meniaga online atau dalam bahasa omputihnya e-commerce nie tak adalah susah sangat. Kalau kau tahu 5 perkara nie, Insya Allah boleh berjaya. Nak ke aku share?”

1. Nama jenama/produk mesti unik, catchy dan pendek

Salah satu kesilapan biasa apabila mencipta nama jenama/produk ialah kita akan letak nama yang panjang lebar dan terlalu pelik sampai sukar untuk diingati. Contoh nama jenama/produk yang baik ialah tudung Naelofar oleh Neelofa. Simple but catchy. Sekali dengar terus melekat dalam kepala.

2. Gunakan laman sosial untuk promosi

Adalah satu kerugian besar sekiranya kalau berniaga online pada zaman sekarang tetapi tak menggunakan Facebook/Instagram untuk promosi. Bayangkan 1% daripada followers yang berpuluh ribu membeli produk anda? Tak ke senang-senang je dah dapat buat sales? Tapi janganlah terlau “hardsell” ketika buat promosi di laman sosial. Salah satu contoh selebriti yang pandai menggunakan laman sosial untuk promosi produk mereka ialah Che Ta. Sekali dia post, beribu-ribu komen “PM harga” akan diterima. Fuh!!! Kaya Che Ta.

3. Kena ada website

Bila perniagaan online dah maju sedikit, jangan lupa untuk invest membuat website. Laman sosial laman sosial juga, tetapi untuk kelancaran perniagaan memang kena ada website. Perniagaan online anda akan nampak lebih professional. Para pelanggan nak buat bayaran pun makin mudah dan selamat dengan adanya payment gateway. Lepas itu semua produk anda dapat dipamerkan di website tersebut, sekaligus menyenangkan para pelanggan membuat pilihan. Laman web yang baik untuk dijadikan rujukan ialah FashionValet. Simple dan sedap mata memandang.

4. Kenali target market

Awal-awal menceburi bidang perniagaan online, memang kita akan rasa excited. Semua benda kita nak jual kepada semua orang. Itu adalah satu kesilapan yang BESAR. Apa sahaja yang kita mahu jual, perlu ada target market. Contoh terbaik ialah tudung DuckScarves yang amat popular baru-baru ini. Walaupun harga agak mahal, namun target marketnya yang merupakan wanita bekerjaya yang tidak kisah membelanjakan wang untuk mendapatkan tudung berkualiti menyebabkan produknya laku bak pisang goreng panas. Jadi sebelum finalize produk anda, kenali dulu target market. Kalau anda kata “semua orang target market saya”, itu maknanya perniagaan online anda tidak akan bertahan lama.

5. Daftar dan mulakan perniagaan online anda di go-ecommerce.my

Laman web www.go-ecommerce.my ini adalah tempat terbaik untuk mereka yang baru memulakan perniagaan online. Korang wajib mendaftar kerana banyak sangat informasi dan kelebihan yang boleh diperolehi melalui portal yang dibina oleh MDEC (Malaysia Digital Economy Corporation) ini. Antaranya:-

(i) Belajar selok-belok perniagaan online

SEO, Google Page Rank, Google My Business, Facebook Ads, iPay 88 dan banyak lagi ilmu berguna yang korang boleh pelajari di www.go-ecommerce.my sebaik sahaja selesai mendaftar di portal ini. Kesemuanya disediakan secara PERCUMA. Kesemua course yang ditawarkan memang sangat berguna untuk mengembangkan lagi perniagaan online dan pengetahuan korang. Kalau pergi belajar di luar, mahu korang kena bayar ribu-ribu. Jadi silalah rebut peluang keemasan ini.

(ii) Terima modal dan support daripada agensi kerajaan

Satu masalah yang sering dialami oleh peniaga online ialah kekurangan modal untuk mengembangkan perniagaan mereka. Menerusi www.go-ecommerce.my, korang boleh memohon untuk mendapatkan grant/modal/support daripada pelbagai agensi kerajaan. Kesemua informasi, cara memohon, maklumat terperinci dan syarat-syarat ada disenaraikan di dalam portal ini. Bukan satu bukan dua, malah berpuluh agensi kerajaan sudi membantu untuk anda mengembangkan lagi perniagaan. Anda hanya perlu memohon sahaja. Best kan?

(iii) Sistem pembayaran untuk perniagaan anda

Tak tahu nak buat website? Tak tahu nak setup sistem pembayaran? Tak tahu macam mana nak buat delivery? Tak tahu nak simpan stok kat mana? Tak tahu macam mana nak buat promosi perniagaan anda? Tak perlu risau tak perlu cuak. Di www.go-ecommerce.my, anda akan dibantu sepenuhnya untuk melancarkan lagi perniagaan online anda. Sebut je apa yang anda nak, semuanya anda. Paling best, kesemua service provider ini adalah yang terbaik dalam bidang masing-masing. Insya Allah lepas dapat bantuan mereka, perniagaan online anda akan meletup-letup sampai tak cukup tidur.

Jadi tunggu apa lagi? Pastikan korang buat kesemua perkara yang telah Abang Nara kongsikan di atas untuk memastikan perniagaan online anda bertambah maju jaya selepas ini. Paling penting, jangan lupa daftarkan diri anda di www.go-ecommerce.my dan masukkan kod “referral” BEAUTIFULNARA untuk mendapatkan 3,000 “MDA Points” yang boleh digunakan untuk menebus produk atau perkhidmatan mengikut kesesuaian perniagaan “online” anda. Itu memang paling WAJIB pada pendapat Abang Nara. Selamat berniaga online.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...