Nak Cantik Flawless Macam Gadis-Gadis Korea? Ini Rutin Skincare Rahsia Kecantikan Rakyat Korea. Wajib baca!

Hiburan

Nak Cantik Flawless Macam Gadis-Gadis Korea? Ini Rutin Skincare Rahsia Kecantikan Rakyat Korea. Wajib baca!

Lumrah wanita terutamanya gadis-gadis semuanya sangat pentingkan kecantikan. Bila keluar dengan kawan-kawan sentiasa nak tampil menarik dan berseri. Biasalah, siapa yang tak nak kulit yang flawless kan?

Sebagai penyanyi, pelakon dan model di Korea, aktres jelita seperti Nana amat pentingkan wajah yang menawan.

Cuba tengok kulit orang-orang Korea, memang nampak halus dan cantik jer! Kami selidik dan kaji apa agaknya rahsia gadis-gadis Korea ada kulit yang berseri-seri.

Advertisement

Selain amalkan gaya hidup dan tidur yang cukup,  cara penjagaan muka secara konsisten juga satu seni yang memerlukan perhatian yang betul.

Cemburu tengok kulit halus wajah pelakon Korea, si cantik Park Shin-hye ni. Tiada jeragat atau jerawat sikit pun.

Haaa.. akhirnya kami dah jumpa. Jom baca rahsia dorang ni.

Banyak Minum Air Putih

Salah satu kebaikan minum air putih mampu membuatkan kulit wajah menjadi sihat dan bersih bersinar. Ramai wanita Korea yang percaya dan amalkan perkara ni. Jika air cukup pada kulit, maka kelembapan kulit akan terjaga dengan lebih baik.

Tidur yang cukup

Cleansing Oil

Aspek penjagaan kulit wajah adalah aspek terpenting yang wanita Korea selalu tekankan. Langkah pertama adalah mencuci muka dengan Cleansing Oil dan air suam untuk mengeluarkan sebum, make-up dan bakteria. Lepas dah bersihkan muka tu, barulah rasa fresh jer! Boleh dapatkannya di sini.

Foam Cleanser

Kena bersihkan muka tu secara menyeluruh untuk menjaga wajah agar berseri dan bebas dari jerawat. Langkah kedua anda bersihkan muka sekali lagi dengan Foam Cleanser. Tetapi ingat, lakukan pergerakan yang lembut dalam pergerakan bulatan untuk merangsang aliran darah. Beli di sini.

Exfoliator(black sugar mask)

Untuk pastikan kulit  sentiasa lembut,  perlu menyental kulit mati dengan kerap. Tetapi, tidak perlu pun menyental seluruh muka anda setiap malam dengan Black Sugar Mask. Tumpukan kat tempat-tempat penting seperti seperti liang pada pipi atau bintik hitam pada hidung. Buat pembelian di sini.

Facial Toner

Guna Facial Toner yang tidak berasaskan alkohol. Ia boleh menghidratkan dan menjadi pembersih muka secara lembut. Ini untuk membuang sisa yang tertinggal selepas melakukan tiga langkah yang pertama. Ia turut mengimbangkan PH pada kulit. Beli di sini.

Intensive Moist (Esen)

Ia memulihkan semula sel-sel kulit dan menjadikannya lebih tegang dan lebih anjal. Sembur sedikit Esen di muka, kemudian guna jari-jari anda untuk meratakannya. Buat gerakan menekan muka dengan jari dan bukan secara sapuan. Lakukan pembelian di sini.

Fresh Herb Origin Serum

Gunakan serum yang sesuai dengan kulit wajah. Kalau nak dapatkan kulit sihat dan cerah, guna Fresh Herb Origin Serum yang ada khasiat memutihkan dan mencerahkan. Pakai serum selepas memakai essen dengan cara yang sama. Dapatkan di sini.

Therapy Air Mask

Mask muka adalah sebahagian rutin kecantikan di waktu malam. Amalkan Therapy Air Mask selama 2-3 malam seminggu. Gantikan dengan urutan muka untuk meningkatkan peredaran darah. Dapatkan di sini.

Eye Cream

Eye Cream membantu mengelakkan kedutan. Sapu Eye Cream di sekitar mata untuk mengurangkan kesan bengkak, kedutan, dan lingkaran hitam. Ia memastikan lapisan nipis, kawasan halus di sekitar mata sentiasa lembab dan tidak akan kering. Dapatkan di sini.

Moisturizer(sleeping mask)

Moisturizer salah satu perawatan wajah yang sering digunakan oleh wanita. Pelembab wajah terdiri dari berbagai macam mineral dan juga vitamin serta campuran dari air yang dapat membantu melembabkan wajah. Setelah seharian berada di luar, kulit wajah mungkin rasa tidak selesa. Gunakan Moisturizer agar kulit wajah selalu kelihatan segar. Dapatkan di sini.

Sunblock Cream(spf)

Akhir sekali, jangan lupa gunakan Sunblock Cream. Sunblock Cream amat penting untuk melindungi kulit wajah dari sinaran matahari terus ke kulit agar tiada kesan hitam atau terbakar. Dapatkan di sini.

Walaupun negara Korea tidak sepanas cuaca di Malaysia, mereka tetap gunakan pelindung suria yang mempunyai SPF agar kulit jadi rata dan kulit jadi lebih bersinar.

Siapa yang tak kenal Song Hye-kyo kan? Antara pelakon Korea popular yang comel. Pandai dia jaga kulit!

Kat mana nak dapatkan produk-produk Korea ni?

Haaa, anda boleh dapatkan produk best ni kat KBeauty Malaysia. KBeauty Malaysia juga menjual pelbagai produk jenama Korea. Terdapat lebih 50 jenama menarik dan terkenal. Semuanya ready stok. Tak perlu buat pre-order. Best kan?

KBeauty Malaysia juga beri jaminan bahawa produk yang terdapat di KBeauty Malaysia 100% original dan tiada sebarang produk tiruan yang dijual.

Istimewa untuk pembaca Beautifulnara, KBeauty Malaysia menawarkan harga promosi sebanyak 8% pada bulan Julai ni sahaja.

Inilah peluang anda yang nak dapat kulit secantik gadis Korea dengan harga yang cukup berpatutan! Jangan lupa guna kod “NARA8” untuk menebus diskaun hebat.

Anda juga berpeluang menang hadiah cabutan bertuah bulanan iaitu voucher bernilai RM50 (30keping) setiap satu. Fuh, dah cukup syok macam ni. Bukan senang nak dapat.

Aktres-aktres Korea ni memiliki kecantikan tersendiri yang diidamkan oleh semua wanita.

Jangan tunggu lama-lama, cepat buat pembelian di laman web rasmi KBeauty Malaysia sementara harga promosi sedang berlangsung. Lambat-lambat nanti melepas. Jangan kata kami tak payung.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...