Nafi Palsu : Datuk Seri Vida Minta Aishah Pulangkan Rantai Berlian

Hiburan

Nafi Palsu : Datuk Seri Vida Minta Aishah Pulangkan Rantai Berlian

Usahawa kosmetik, Datuk Seri Vida menafikan dakwaan rantai berlian  bernilai RM80,000 yang diberikan sebagai hadiah kepada penyanyi Aishah sebagai juara Gegar Vaganza 4 adalah palsu.  Menurut beliau, barangan kemas tersebut adalah daripada koleksi peribadinya sendiri yang dibeli dengan harga yang mahal.

Advertisement

Atas segala dakwaan mengenai rantai itu yang sudah menjadi viral, DSV meminta Aishah untuk memulangkan semula rantai berlian tersebut agar dapat digantikan pula dengan ganjaran lain iaitu Lavida Coin yang lebih tinggi nilainya.

Minta pada Aishah pulangkan balik rantai itu kalau ia menjadi satu benda yang menjadi masalah kepada Malaysia sebab ramai yang dapat dosa. Pulangkan. Habis cerita.

Buruk siku ke? Kalau saya minta balik? Rasanya tak, kalau saya minta balik dengan tujuan untuk meredakan keadaan. Bagilah balik, biar saya pakai rantai itu. Kalau itu yang menjadi masalah dan menjadi sumber dosa kepada warganet, saya akan ganti dengan Lavida Coin yang ada nilai sangat luar biasa.

Itu adalah barang kemas saya, memang saya beli dengan harga yang mahal tapi bukan batu sintetik. Saya bagi itu adalah rantai berlian dan saya bagi seikhlas hati kerana saya rasa nak bagi jiwa pada peserta.

Pada masa yang sama,  DSV memberitahu beliau sanggup bersemuka dengan Aishah bagi menyelesaikan segala rasa tidak puas hati ataupun kemelut antara mereka dan berharap Aishah tidak lagi mengeruhkan keadaan kerana beliau akan sedia membantu menyelesaikan apa sahaja konflik yang tercetus.

Sumber Berita : Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...