Nabila Razali Tidak Kisah Dikecam Kerana Gimik Percintaan Dengan Aedy, Bangga Diri Lebih Dikenali

Hiburan

Nabila Razali Tidak Kisah Dikecam Kerana Gimik Percintaan Dengan Aedy, Bangga Diri Lebih Dikenali

Sehingga hari ini, netizen tidak berhenti meluahkan rasa kecewa kerana tertipu dengan gimik “percintaan” penyanyi Nabila Razali dan Aedy Ashraf demi mempromosikan single serta muzik video Pematah Hati nyanyian Nabila.

Advertisement

Meskipun menerima pelbagai kecaman dan dilabelkan sebagai penipu yang mahu meraih publisiti murahan, Nabila nampaknya tidak gusar, malah beliau gembira dan mungkin berbangga kerana dirinya lebih dikenali kini.

Saya akui memang ramai yang kecam apabila mendapat tahu percintaan saya dengan Aedy hanya gimik. Namun begitu, saya tidak berkecil hati sebab gimik tersebut dilakukan untuk muzik video lagu terbaharu saya iaitu Pematah Hati. Ramai penyanyi lain yang turut mencipta gimik bagi melariskan produk seni mereka. Begitu juga dengan saya, cuma cara yang diambil saya adalah begini.

Walaupun dikecam, ia secara tidak langsung membuatkan nama saya lebih dikenali dan membantu profil karier saya sebagai penyanyi. Saya berterima kasih kepada mereka yang menjadikan ‘percintaan’ saya itu tular.

Bagaimanapun, Nabila tetap memohon maaf kepada orang ramai khususnya peminat beliau kerana melakukan gimik tersebut.

Sumber Berita : Kosmo Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...