Nabila Huda Persoal Ibu Bapa Puteri Balqis, Kenapa Tidak Bekerja?

Hiburan

Nabila Huda Persoal Ibu Bapa Puteri Balqis, Kenapa Tidak Bekerja?

Sejak muncul dalam rancangan Bersamamu TV3, kisah hidup pelakon cilik Puteri Balqis yang berubah sepenuhnya selepas dia disahkan mempunyai penyakit hati mendapat perhatian ramai netizen.

puteri balqis bersamamu

Advertisement

Menerusi rancangan tersebut, Balqis berkongsi keperitan hidup yang dilaluinya sehingga terpaksa ikat perut selama beberapa hari dan terpaksa menjual buku puisi yang ditulisnya sendiri di jalanan bersama ibunya demi kelangsungan hidup.

Rata-rata netizen memberi kata-kata semangat kepada Balqis untuk terus tabah menghadapi segala ujian.

nabila huda

Terbaru, pelakon popular Nabila Huda atau lebih mesra dengan panggilan Abil, mempersoalkan mengapa Balqis yang sedang sakit terpaksa berjalan di sekitar Kuala Lumpur untuk mencari sumber pendapatan?

Kenapa ibu bapa sihat tubuh badan tidak bekerja?

nabila huda puteri balqis nabila huda ibu bapa puteri balqis

Dia tertanya-tanya mengapakah kedua ibu bapa Balqis yang sihat tubuh badan, mempunyai kemampuan untuk bercakap serta berjalan dengan sempurna tidak bekerja?

nabila huda

Malah, ketika dipersoal oleh netizen tentang di mana orang atau rakan artis yang pernah bersama dengan Balqis satu ketika dahulu, ketika dia di puncak populariti, Nabila menjawab bahawa mereka sentiasa ada, sedia membantu dan pernah membantu.

Respon dan pendapat netizen

nabila huda puteri balqis nabila huda puteri balqis nabila huda nabila huda

Terdahulu, meskipun dilanda dugaan yang berat, Balqis berkata perubahan hidup secara tiba-tiba itu cukup indah kerana Tuhan tidak mahu mereka lupa diri. Dia tidak mengimpikan kehidupan mewah, cukup jika dapat bersama dengan ibu tersayang meneruskan hidup dan berharap agar dapat sembuh seperti sedia kala.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...