Nabil Ahmad Dan Isteri Bakal Tunai Umrah Pada 10 Malam Terakhir Ramadhan

Hiburan

Nabil Ahmad Dan Isteri Bakal Tunai Umrah Pada 10 Malam Terakhir Ramadhan

Tahun ini pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad berpeluang sekali lagi untuk menjejakkan kaki ke Mekah bagi menunaikan ibadah umrah dan kali ini isterinya, Zira turut menyertainya buat kali pertama. Untuk Nabil pula, ia merupakan kali keempat beliau ke Tanah Suci.

Advertisement

Lebih menarik, mereka berdua dapat beribadah pada 10 malam terakhir Ramadhan yang penuh dengan keberkatan.

Tiga kali saya buat Umrah sebelum ini pun rezeki saya dapat pergi pada 10 malam terakhir Ramadan dan Alhamdulillah tahun ini pun sekali lagi dapat peluang sama. Sukar untuk saya gambarkan dengan kata-kata bila tiba ke tanah suci dan rasanya siapa yang pernah ke sana pasti faham perasaan saya. Apa yang boleh saya katakan memang rasa ‘gian’ nak ke sana setiap tahun.

Tahun lepas memang saya pernah bawa isteri ke sana tetapi bukan untuk menunaikan umrah semata-mata, sebaliknya turut menjalani penggambaran program Perjalanan Haji Nabil. Jadi tahun ini jadi lebih istimewa kerana kami berdua ke sana untuk tunaikan Umrah tanpa terlibat dengan mana-mana program.

Walaubagaimanapun, Nabil tidak membawa anak mereka bersama kerana bimbang dengan keselamatan dua orang anaknya yang masih kecil memandangkan jemaah di waktu itu agak ramai.

Kami mendoakan agar perjalanan Nabil dan isteri untuk menunaikan ibadah umrah nanti berjalan lancar dan dipermudahkan. InshaAllah.

Sumber Berita : Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...