Myvi Berhenti Di Lorong Kecemasan Untuk Ambil Gambar Sebabkan Kemalangan Pertama Di SUKE

Kehidupan

Myvi Berhenti Di Lorong Kecemasan Untuk Ambil Gambar Sebabkan Kemalangan Pertama Di SUKE

Umum sedia tahu bahawa Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE) baru sahaja dua hari dibuka kepada orang awam.

Bagaimanapun, lebuhraya tersebut telah mencatatkan kemalangan pertama kerana sikap segelintir pengguna jalan raya yang mengendahkan keselamatan demi keseronokan diri sendiri.

Advertisement

Memetik laporan Sinar Harian, kemalangan tersebut berlaku kerana seorang pemandu kereta jenis Perodua Myvi bertindak memberhentikan keretanya di lorong kecemasan bagi tujuan mengambil gambar pemandangan.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, seorang penunggang motosikal jenis Suzuki datang dari arah belakang sebelum melanggar kereta berkenaan.

Kemalangan itu difahamkan berlaku kira-kira jam 2.45 petang dan penunggang motosikal mengalami kecederaan di bahagian kaki serta telah dibawa ke Hospital Ampang untuk rawatan.

Kes berikut disiasat di bawah Kaedah 16 LN 166/59 kerana menghalang laluan sehingga menyebabkan kemalangan.

Dalam pada itu, beliau turut menitipkan kata-kata nasihat supaya orang ramai tidak memberhentikan kereta di lorong kecemasan jika tiada sebarang keperluan atau kecemasan.

Selain itu, tindakan individu sewenang-wenangnya berhenti di lorong kecemasan boleh mengundang padah kepada diri sendiri dan juga pengguna jalan raya yang lain. Tindakan terbabit boleh mengancam nyawa serta menyebabkan kemalangan jiwa.”

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah:

ikmal amry tak bertanggungjawab
3 bulan lalu

"Dia Macam Taknak Bertanggungjawab" - Tiada Permohonan Maaf, Mangsa Kesal Dituduh Punca Ikmal Amry Kemalangan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...