“Mungkin Pelakon Lain Boleh Tutup Mata Tapi…” Pendekatan Produksi Yang Tidak Beretika Punca Que Haidar Tolak Tawaran Berlakon

Hiburan

“Mungkin Pelakon Lain Boleh Tutup Mata Tapi…” Pendekatan Produksi Yang Tidak Beretika Punca Que Haidar Tolak Tawaran Berlakon

Pelakon berbakat, Que Haidar mengakui dia tidak senang dan kecewa melihat pendekatan sesetengan produksi yang tidak beretika ketika menawarkan peluang pekerjaan atau peluang lakonan kepada barisan pelakon di Malaysia.

Menurutnya, dia sama sekali tidak bersetuju dengan cara kerja beberapa produksi yang hanya bertanyakan kelapangan masa pelakon berbanding membentangkan terlebih dahulu isi kandungan filem atau drama yang ingin dihasilkan.

Advertisement

Dia meluahkan rasa isi hati itu menerusi ruangan instagram miliknya baru-baru ini.

“Mungkin pelakon lain boleh tutup mata, tapi  saya memang tak gemar bila anda nak saya  menyertai sesuatu projek anda bertanya tentang kelapangan tarikh saya dahulu. Maaf sekali lagi. Saya rasa etika kerjanya tak betul. Anda sepatutnya bentangkan apa isi projek tersebut, pengarahnya, jalan ceritanya, wataknya, pemain-pemain yang lain, lokasinya dahulu,”

 

View this post on Instagram

‘YANG TERSEMBUNYI’ tayangan pada 19 September, Sabtu ni jam 8 mlm di @tv_okey chanel 146

A post shared by Tengku Iskhan Shah Tg. Haidar (@the_haidars) on

Dalam pada itu, pelakon filem Castello itu sempat meminta maaf kerana terpaksa menolak tawaran untuk berlakon bersama-sama dengan produksi tersebut.

Sekadar info, Que Haidar sudah terlibat dalam dunia lakonan dan telah membintangi banyak filem dan drama sejak hampir 15 tahun yang lalu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...