“Mungkin Dia Geram Tengok Bontot U Padu” – Cerita Pengalaman Diraba, Lelaki Lain Pula Bagi Komen Seksual

Kehidupan

“Mungkin Dia Geram Tengok Bontot U Padu” – Cerita Pengalaman Diraba, Lelaki Lain Pula Bagi Komen Seksual

Ramai individu memilih untuk berkongsi di platform media sosial mengenai pengalaman buruk, pahit dan mendebarkan dilalui oleh mereka ketika berada di tempat awam.

Ia bertujuan untuk memberi peringatan atau mencari si pelaku yang mungkin dikenali oleh sesiapa di media sosial tersebut.

Advertisement

Seperti apa yang berlaku baru-baru ini kepada seorang wanita di mana rakannya telah berkongsi di Twitter tentang kisahnya diraba di dalam tren.

Namun, lebih menyakitkan hati apabila dia menerima komen seksual pula selepas berkongsikan pengalamannya itu di Instagram.

Dalam tempoh 24 jam, sahabat saya diserang secara seksual oleh dua lelaki yang berbeza, secara fizikal dan online.”

Difahamkan, lelaki yang memakai baju putih itu menggunakan jarinya dan meraba di bahagian punggung mangsa. Apabila tindakannya diketahui dan dipandang oleh mangsa, lelaki tersebut terus cover seluar di bahagian alat sulitnya.

Malah, dia juga berbuat perkara yang sama kepada perempuan lain di dalam tren dari Abdullah Hukum ke Setiawangsa itu.

Menerusi gambar dimuat naik, sahabatnya menunjukkan mesej seorang lelaki lain pula di Instagram yang memberikan komen kepada perkongsiannya tentang dia diraba di dalam tren itu.

Dia ramas bontot you ke? Ke dia gosok k*te kat punggung you. Mungkin dia geram rasanya tengok bontot you yang padu tu.”

Perkongsian itu meraih perhatian ramai netizen di Twitter di mana rata-ratanya memberikan reaksi mereka yang berbeza.

Ada yang meluahkan tentang komuniti yang sering menyalahkan cara pemakaian mangsa serangan seksual sebegini. Segelintir dilihat meluahkan rasa marah terhadap lelaki yang memberi komen seksual di Instagram rakannya itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

rapidkl
6 bulan lalu

"Baiki Eskalator Dulu Lah!"- Niat Nak Tegur Pengguna Makan Mi Segera Dalam Tren, Admin Twitter Perkhidmatan LRT Dikecam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Tinggalkan Komen Anda Di Sini