Malam tadi, usahawan kosmetik Safiey Illias berkongsi berita beliau telah terlibat dalam kemalangan jalan raya sehingga kereta mewah BMW i8 miliknya remuk teruk di bahagian hadapan.
Safiey menganggap kejadian itu terjadi sebagai balasan Allah SWT terhadap dirinya yang sebelum ini berniat untuk menukar jantina dengan memotong kemaluan.
Rata-rata netizen meninggalkan kata-kata nasihat dan pesanan kepada beliau untuk bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Namun, ramai juga yang sudah menyampah dengan sandiwara Safiey yang berulang kali berkata mahu berubah tetapi masih juga tidak insaf. Sekadar propa dan gimik murahan untuk menarik perhatian.
Tidak dinafikan ada kalanya komen-komen netizen terhadap Safiey boleh tahan pedas dan melampau. Bagaimanapun, dengan apa yang berlaku, mungkin Safiey harus bersikap lebih terbuka dan mendengar nasihat daripada mereka yang tidak mahu melihat beliau terus hanyut.