Mungkin Ada Yang Iri Hati Dan Dengki Kejayaan Datuk Boy Iman-Nassier Wahab

Hiburan

Mungkin Ada Yang Iri Hati Dan Dengki Kejayaan Datuk Boy Iman-Nassier Wahab

Semalam, kita dikhabarkan tahanan reman Datuk Noruliman Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Boy Iman telah dilanjutkan sehingga ke hari ini. Ia berkaitan penipuan rumah banglo mampu milik yang melibatkan ratusan orang antaranya ialah pesara kerajaan yang melaburkan wang simpanan mereka sehingga RM 60,000 seorang. Bagaimanapun, setelah lebih setahun bayaran dibuat, kelibat mini banglo tersebut tidak kelihatan.

Pemaju projek itu ialah syarikat Juta Kelulut Global Resources manakala Boy Iman dilantik menerajui DBI Technology yang bertanggungjawab memasarkan projek perumahan tersebut.

Advertisement

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Dan antara yang dilantik Boy Iman menjadi duta DBI Technology ialah penyanyi Datuk Nassier Wahab, 55. Namun begitu, Nassier syak bahawa ada pihak yang dengki dengan kejayaan Boy Iman.

Utusan Online melaporkan Nassier sebagai berkata:

Saya menerima berita ini ketika masih berada di Madinah, Arab Saudi dan sangat terkejut mendengarnya. Setiap hari saya berdoa semoga ditunjukkan kebenaran atas kejadian yang berlaku.

Sebagai duta, diakui saya memang terkena tempiasnya dan merasai sedikit tekanan. Bagaimanapun saya cuba tenangkan diri, reda dan tawakal apabila diuji sebegini.

Saya bukan baru setahun dua mengenali Boy, malah sudah lama. Sejujurnya, sepanjang tempoh tersebut saya tidak nampak dia mahu menindas sesiapa sebaliknya sekadar ingin membantu

Bagi Nassier juga, perasaan dengki antara pesaing itu adat berniaga:

Barangkali ada pihak atau individu yang iri hati dengan usaha murni Boy sehingga sanggup menabur pasir ke dalam periuk nasinya.

Apapun, biarlah pihak berwajib menjalankan tugas mereka melakukan siasatan terperinci dengan harapan semoga perjuangan Boy dan DBI Properties berada di pihak yang benar.

Sebelum ini, ratusan orang membuat aduan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendakwa ditipu pemilik Juta Kelulut Global Resources dan DBI Technology kerana telah membuat bayaran untuk membeli banglo bernilai RM 200,000 pada harga RM 60,000 lebih setahun lalu, namun sehingga kini bayang banglo tersebut tidak kelihatan.

Hasil siasatan PPIM mendapati hanya dua hingga tiga banglo itu disiapkan dan ianya milik saudara mara ahli parlimen dan ADUN kawasan tertentu. – beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...