“Muka Jadi Tua Ketika Bersanding” – Wanita Dakwa Bekas Suami Disihir ‘Cleaner’ Sehingga Bercerai

Kehidupan

“Muka Jadi Tua Ketika Bersanding” – Wanita Dakwa Bekas Suami Disihir ‘Cleaner’ Sehingga Bercerai

Tular di media sosial Facebook baru-baru ini mengenai kisah seorang wanita yang mendakwa perkahwinan yang dibinanya sejak lima tahun yang lalu musnah akibat disihir.

Dalam hantaran panjang lebar itu, wanita berkenaan berkata bahawa bekas suaminya itu telah disantau seorang wanita tua dan membuatkan lelaki itu ‘gila bayang’.

Advertisement

Difahamkan juga bekas suaminya bersama wanita tua itu telah pun berkahwin dan wanita itu enggan lagi hidupnya diganggu oleh mereka berdua.

Kata wanita yang dikenali sebagai Anis ini, dia ada disoal oleh netizen tentang mengapa dia tidak mempertahankan rumah tangganya.

Jelas Anis, bekas suami dan isterinya baru itu telah mengenali antara satu sama lain sebelum mereka berdua bernikah lagi.

Kononnya, wanita tua yang bekerja sebagai tukang bersih di sebuah pusat perubatan di Klang, Selangor dikatakan terlalu sayang kepada lelaki yakni bekas suaminya itu.

Nenek tuaSumber : Facebook  

Malah ketika Anis berkahwin dengan bekas suaminya dahulu, wajahnya turut bertukar menjadi nenek tua ketika majlis bersanding.

Sebelum saya kahwin perempuan ni pernah datang jumpa saya dia bagitau yang dia dah lama kenal dengan suami. Masa tu saya tak percaya. Dia ada hisap rokok dan hembus pada muka saya.

Dalam pada itu, Anis menafikan bahawa segala cerita yang ditulis di media sosialnya itu bukanlah untuk mencari publisiti kerana perkara tersebut telah berlaku empat tahun dahulu.

Fizikal wanita perampas yang telah pun bergelar nenek ini juga didakwa Anis turut kebal daripada disentuh atau dipegang oleh orang lain.

Netizen yang membaca luahan hati Anis tampil mendoakan yang terbaik untuk wanita itu dan terus bangkit daripada kegagalan dan kesusahan.

Facebook

mat rempit penang anak antoo
2 years ago

“Sorang-Sorang Cabut Lari” - Tular Kes Kemalangan Ngeri, Lelaki Ini Bagi Pesanan ‘Pedas’ Buat Mat Rempit

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...