Muka ‘Berkerak’, Michael Ang Selar Hero Remaja 2021 Gara-Gara Kena Pakai Pelitup Muka

Hiburan

Muka ‘Berkerak’, Michael Ang Selar Hero Remaja 2021 Gara-Gara Kena Pakai Pelitup Muka

Belum apa-apa lagi, para peserta Hero Remaja 2021 nampaknya telah berdepan kecaman dan ‘sepak terajang’ dunia hiburan berikutan penampilan mereka dalam program tersebut perlu mengikuti SOP sepanjang Pelan Pemulihan Negara.

Michael Ang
3 years ago

"Saya Masih Tunggu.." Suami Lana Nodin Keluar Surat Saman, Michael Ang Simpan Komen

Advertisement

Baru-baru ini, Michael Ang meluahkan rasa kecewa apabila episod pengenalan pencarian bakat baru yang disiarkan pada Sabtu lalu dianggap sebagai gagal menepati standard dirinya sebagai penggiat seni.

View this post on Instagram

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

Ujar Michael, dia berasa keliru dengan tajuk serta pengisian program tersebut yang dirasakan seperti mencari ahli sukan dan bukannya penggiat seni.

Kenapa dalam show macam nak cari Ironman. Tunjukkan la yang mereka semua boleh berlakon, buat modelling dan cungkil bakat mereka. Ni apa kena mengena dengan berkhemah..pasang khemah, PLKN ke? tapi mungkin baru episod satu, jadi banyak benda nak kena cungkil lagi.

Tambahnya lagi, tapisan dalam pemilihan peserta juga menjadi pertikaian kerana tidak mempunyai wajah dan perwatakan menarik untuk diketengahkan sebagai pelapis dunia hiburan.

View this post on Instagram

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

Saya bukan nak hina wajah mereka berkerak…samakan dengan budak Central Market atau yang bersepah di Dataran Merdeka. Tapi mereka sebagai peserta tak ada beza dengan orang biasa. Cuba la dandankan rambut, pakai skincare.

Michael menjelaskan tindakan penganjur mengarahkan peserta untuk memakai pelitup muka ketika penggambaran dibuat juga telah menghilangkan rasa keterujaan penonton untuk terus mengikuti program tersebut.

Ingo tambahan, program Hero Remaja 2021 menampilkan Datuk Rosyam Nor dan Scha Alyahya sebagai juri serta juara Dewi Remaja 2019, Shaza Bae dan juara Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar sebagai hos.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...