Mudahnya Melakukan Kebaikan Dalam #MisiIkhlasAidilfitri Bersama Watsons Sempena Ramadhan Ini

Hiburan

Mudahnya Melakukan Kebaikan Dalam #MisiIkhlasAidilfitri Bersama Watsons Sempena Ramadhan Ini

Sepanjang bulan Ramadhan ini, segala amal kebaikan yang kita lakukan akan diberi pahala berlipat kali ganda olehNya. Sebab itulah di bulan mulia ini, kita digalakkan untuk memperbanyakkan ibadah sunat seperti sembahyang terawih, belanja orang berbuka puasa, berzikir dan juga bersedekah. Insya Allah jika ibadah yang kita lakukan adalah ikhlas, pasti akan mendapat pahala dan ganjaran yang setimpal.

ramadhan watsons

Advertisement

Bersempena Ramadhan ini juga, banyak syarikat-syarikat di luar sana yang menjalankan misi kemasyarakatan (CSR) dengan membantu rakyat Malaysia yang kurang bernasib baik. Dalam banyak-banyak misi CSR yang sedang berlangsung, kami paling tertarik dengan misi yang dijalankan oleh Watsons Malaysia. Menggelar misi tersebut sebagai #MisiIkhlasAidilfitri, Watsons Malaysia telah menjalinkan bekerjasama dengan Pacu Ummah untuk memperkasakan golongan warga emas di Darul Insyirah.

ramadhan watsons

Untuk makluman anda semua, Pacu Ummah adalah rangkaian institusi dan projek-projek pendidikan di seluruh Malaysia untuk setiap peringkat usia dari kecil sehingga usia warga emas. Terdapat lima inisiatif pendidikan bernaung di bawah PACU dan salah satunya ialah Pusat Jagaan dan Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah. Selain daripada menyediakan perkhidmatan penjagaan harian, mingguan dan bulanan, Darul Insyirah juga menyediakan pelbagai kelas pendidikan yang bersesuaian dengan usia warga emas tersebut. Objektif penubuhan Darul Insyirah ini adalah untuk membangunkan sebuah rumah penjagaan orang tua Islam yang dapat menyediakan kemudahan-kemudahan yang selesa demi menjamin kebajikan dan kesejahteraan hidup mereka. Senang cakap, Darul Insyirah ini ditubuhkan untuk membela nasib warga emas yang beragama Islam.

ramadhan watsons

Apa yang menarik perhatian kami tentang #MisiIkhlasAidilfitri daripada Watsons Malaysia ini ialah ia memerlukan penglibatan daripada kita semua selaku para pengguna Watsons. Ini bermakna, kita secara tidak langsung akan turut sama terlibat dalam membantu golongan warga emas di Darul Insyirah ini. Caranya senang sahaja, kita hanya perlu menceritakan kebaikan yang akan/telah kita lakukan di bulan Ramadhan ini sama ada di Facebook atau Instagram dan kongsikannya menerusi hashtag #MisiIkhlasAidilfitri dan #WatsonsMalaysia. Setiap hashtag yang dimuatnaik ke media sosial, pihak Watsons Malaysia akan mendermakan 200 mata (RM1) kepada Pusat Jagaan dan Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah . Lagi banyak hashtag, lagi banyaklah bantuan yang akan diterima oleh makcik-makcik dan nenek-nenek di Darul Insyirah ini.

ramadhan watsons

Ok jom kita lihat beberapa contoh yang telah dimuatnaik ke Facebook/Instagram menerusi hashtag #MisiIkhlasAidilfitri dan #WatsonsMalaysia. Selebriti-selebriti tempatan pun ramai yang join. Sama-samalah kita meriahkan lagi misi awesome ini.

Salam Ramadhan Mubarak. ? I would like to tell you all about a great way you guys can give back to those who are in need this fasting month. I, Sasha Saidin and others are on a mission together with @watsonsmy for this festive season. Together with Watsons Malaysia’s #MisiIkhlasAidilfitri , I would like to pledge my misi which is to be more patient and try to be more kind to anyone that I meet. You too could join this mission and make your own pledge such as wanting to be a better friend / mum / dad or perhaps to smile more to spread the happiness to people around you or you plan to donate or help the unfortunate. I’ve pledged my mission and I would like you to join us by telling us what’s your #MisiIkhlasAidilfitri and by doing so @watsonsmy will donate 200 points (worth RM1) to Pusat Jagaan dan Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah for every hashtag of #MisiIkhlasAidilfitri & #WatsonsMalaysia Simple right? Go on… tell us what your pledge is. ?? #MisiIkhlasAidilfitri #WatsonsMalaysia #TheElusiveFairytaleOfTheHalfBloodPrincessSayang #DiaryOfASingleWorkingMum #CommittedToTheCelopians

A post shared by Princess Sayang (@sashasaidin) on

Hi semua! Sekarang Intan sedang lakukan misi bersama dengan Watsons Malaysia menjelang Aidilfitri ini. Misi yang Intan buat, adalah sama-sama kongsi rezeki & kongsi kegembiraan dengan semua. Jadi Intan nak ajak, Semua followers-followers Intan untuk join Intan & Watsons Malaysia untuk merealisasikan Misi Ini. Cara nya senang je. Upload je gambar, atau video bersama rakan-rakan, family atau sesiapa dan Hashtag #Misiiklhasaidilfitri & #Watsonsmalaysia . Nak tahu tak? Setiap hashtag korang, Watsons akan dermakan 200points iaitu (worth rm1) kepada Pusat Jagaan dan Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah. Senang kan? Dengan Hashtag macamtu je kita dah mampu menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang memerlukan. Jadi, jom join Intan dan Watsons malaysia! Visit www.watsons.com.my/promo-misiikhlas @watsonsmy

A post shared by intannajuwa (@intannajuwa) on

Amber Chia pun ajak korang ramai-ramai join misi murni ini:-

Kempen #MisiIkhlasAidilfitri dari Watsons Malaysia ini akan tamat pada 2 Julai 2018 ini. Jadi kita semua ada masa untuk Darul Insyirah mendapat bantuan yang secukupnya dari segi kewangan untuk terus berbakti dan berkhidmat kepada warga-warga emas di situ. Jom ramai-ramai kita upload video/gambar ke Facebook dan Instagram dengan hashtag #MisiIkhlasAidilfitri dan #WatsonsMalaysia. Maklumat lanjut tentang misi awesome ini sila layari www.watsons.com.my/promo-misiikhlas.

ramadhan watsons

ramadhan watsons

Last but not least, jangan lepaskan peluang untuk membeli-belah di Watsons Malaysia kerana Jualan Mega Raya sedang berlangsung bermula sekarang sehingga 25 Jun kelak. Diskaun sehingga 50% tue!!! Promosi awesome ini sah di cawangan Watsons di seluruh Malaysia dan juga pembelian secara online di www.watsons.com.my. Inilah masa terbaik untuk anda membuat persiapan agar tampil jelita, kacak dan bergaya di hari raya Aidilfitri kelak. Selamat membeli-belah!!!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...