“Mudahkan Urusan Orang”- Netizen Bengang Tengok Kulit Kuaci Bersepah Atas Lantai Panggung Wayang

Kehidupan

“Mudahkan Urusan Orang”- Netizen Bengang Tengok Kulit Kuaci Bersepah Atas Lantai Panggung Wayang

Makan sambil menonton wayang sememangnya tidak dilarang asalkan tidak mengganggu penonton lain ketika filem sedang dimainkan.

Akan tetapi, ada sikap segelintir pengunjung yang tidak mempunyai adab dan tidak menghiraukan kesusahan pekerja membuatkan ramai orang berasa kurang senang.

Advertisement

Dalam satu perkongsian TikTok oleh Edy Zaidi Edy, video memaparkan keadaan kulit kuaci yang bersepah di atas lantai di sebuah panggung wayang.

Selain itu, terdapat seorang lelaki yang dipercayai pekerja panggung wayang sedang menyapu kulit kuaci yang disepahkan oleh pengunjung yang tidak bertanggungjawab.

Terdapat juga cebisan-cebisan sampah di atas tempat duduk yang juga ditinggalkan oleh pengunjung selepas filem berakhir.

Beralih ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa tidak puas hati dengan perangai sesetengah individu yang tidak mempunyai ‘common sense’ dan tidak mengendahkan kesusahan orang lain.

2 years ago

(VIDEO) "Tolonglah Ada 'Common Sense'..." - Pelanggan Tergamak Sepahkan Kotak Kasut Di Pusat Beli Belah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...