Pelakon Saharul Ridzwan dan isterinya, Deena Emir bukanlah pasangan selebriti yang kata orang, terlalu mengejar populariti. Sifat mereka yang lebih “reserved” membuatkan pasangan ini sebenarnya menjadi kegemaran ramai.
Terbaru, Saharul menerusi akaun Instagramnya berkongsi foto perkahwinannya bersama Deena dengan kapsyen ucapan penuh bait-bait romantis buat isteri tercintanya itu. Kalau sekali baca macam hendak bagi “hint” untuk menambah jumlah anak pun ada juga.
Apa kata anda baca dahulu ucapan romantis Saharul :-
Assalamualaikum sayang. Surat terbuka untuk isteri.
Terima kasih hadir dan berjumpa saya sejak jodoh kita ditulis di Luth Mahfuz. Selama berpuluh tahun saya mencari pemilik hati saya dan ditakdirkan saya menjadi mahram awak, dan sekarang awak hadiahkan saya seorang amanah Allah, anak kita Muhammad Luth Ali,InShaaAllah buat selama lamanya.
Bantulah saya supaya keluarga kita bersama sama di syurga Allah. Tujuan surat ini ditulis bukanlah untuk mengambil hati sayang untuk Ali bertemankan seorang adik, tetapi tulus ikhlas dari suami.
Amboi, pandai betul Saharul mengambil hati dan menunjukkan rasa cinta serta kasih sayang kepada isterinya. Kami mendoakan agar pasangan ini kekal bahagia sehingga ke akhir hayat dan siapa tahu tidak lama lagi ada rezeki Ali dapat adik untuk jadi teman bermain? Hehe.. InshAallah.