Disahkan menghidap kanser Limfoma sejak tujuh tahun lalu dan kini barahnya sudah berada di tahap 4, penyanyi Elyana tetap kekal ceria mengukir senyuman dan memberikan kata-kata semangat untuk pesakit kanser lain berjuang di luar sana.
Namun, sebagai manusia Elyana juga menghadapi waktu sukar untuk melawan penyakitnya itu dan menerusi perkongsian Insta Story, Elyana menggambarkan beliau berada dalam keadaan tidak baik. Malah, beliau juga sudah letih kerana sering sakit.
Apa yang dikatakan Elyana itu membuatkan peminat beliau risau dan tidak putus memberikan kata-kata semangat serta sokongan kepada Elyana. Mereka juga mendoakan agar kesihatan penyanyi itu sentiasa berada dalam keadaan baik.
Bukan mudah untuk seseorang yang menghidap kanser untuk melawan penyakit yang mereka hidapi. Ada kalanya kesakitan itu membuatkan mereka tersungkur dan beremosi. Kami di BeautifulNara mendoakan agar Elyana diberikan kekuatan agar tidak terus putus asa berjuang untuk melawan sakitnya itu.