Muat Naik Keputusan UPSR Anak, Netizen Puji Respons Bersahaja Sharifah Shahira

Hiburan

Muat Naik Keputusan UPSR Anak, Netizen Puji Respons Bersahaja Sharifah Shahira

Macam-macam reaksi yang dapat dilihat kelmarin selepas kesemua keputusan UPSR diumumkan. Ada yang dapat keputusan yang cemerlang, ada yang dapat keputusan yang ‘cukup-cukup makan’ sahaja.

Kalau anda nak tahu, salah seorang anak kepada selebriti Sharifah Shahira iaitu Airra juga melalui detik yang mendebarkan itu. Ramai peminat yang turut ingin tahu bagaimana pencapaian kanak-kanak perempuan tersebut.

Advertisement

sharifah shahira keluarga

Tapi yang menghiburkan apabila Sharifah Shahira ‘cool’ sahaja memuat naik keputusan UPSR anaknya itu di laman Instagramnya.

Pelakon wanita itu turut sempat berseloroh dan mengatakan bahawa anaknya itu mewarisi sifat ‘slow learner’nya.

Kami pun penat nangis.. Ikut mak slow learner.. Tak paham2.. Bila cikgu cakap.

Paling kelakar apabila Sharifah Shahira turut menceritakan bahawa para pengikut di Instagram mengetahui dahulu keputusan UPSR Airra berbanding dengan suaminya, Ijoy.

Yang best korang tau dulu sebelum bapak dia tau… Hahahaha… Bapak sibuk kat padang golf.

airra zulkifli anak sharifah shahira

Rata-rata peminat yang melihat entri Instagram Sharifah Shahira ini memuji sikapnya yang bersahaja dan tak kritikal langsung dengan keputusan akademik anak-anaknya.

Rakan-rakan selebriti yang lain turut meninggalkan komen sokongan dan menyatakan bahawa Airra telah melakukan sebaik mungkin dan tak lupa untuk mengucapkan tahniah.

Sumber: Instagram

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...