Muat Naik Foto Mesra Bersama, Bukti Cinta Rashidi Ishak Dan Vanidah Imran Masih Utuh

Hiburan

Muat Naik Foto Mesra Bersama, Bukti Cinta Rashidi Ishak Dan Vanidah Imran Masih Utuh

Disebalik desas-desus mengatakan rumah tangga yang dibina oleh mereka selama 18 tahun sudah berantakan dan sudah membawa haluan hidup masing-masing, ternyata pasangan Rashidi Ishak dan Vanidah Imran masih saling sayang menyayangi.

Advertisement

Semalam, Rashidi menerusi akaun Instagramnya memuat naik foto beliau dan Vee bersama ketika-ketika menyambut Hari Raya Aidiladha.

Rata-rata peminat memuji betapa mereka tampak begitu mencintai antara satu sama lain dan menganggap mereka pasangan paling ‘sweet’. Ada yang bersyukur mereka berdua masih lagi bersama dan mendoakan agar Rashidi dan Vee kekal sehingga ke jannah.

Terdahulu, sebuah akhbar tempatan melaporkan rumah tangga pasangan ini sudah tidak boleh diselamatkan lagi. Malah pasangan itu turut dilihat ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 9 Ogos lalu.  Mereka dikatakan berpisah secara baik dan hak penjagaan anak diserahkan sepenuhnya kepada pelakon wanita itu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...