Disebalik desas-desus mengatakan rumah tangga yang dibina oleh mereka selama 18 tahun sudah berantakan dan sudah membawa haluan hidup masing-masing, ternyata pasangan Rashidi Ishak dan Vanidah Imran masih saling sayang menyayangi.
Semalam, Rashidi menerusi akaun Instagramnya memuat naik foto beliau dan Vee bersama ketika-ketika menyambut Hari Raya Aidiladha.
Rata-rata peminat memuji betapa mereka tampak begitu mencintai antara satu sama lain dan menganggap mereka pasangan paling ‘sweet’. Ada yang bersyukur mereka berdua masih lagi bersama dan mendoakan agar Rashidi dan Vee kekal sehingga ke jannah.