Muat Naik Foto Di Hospital Dan Dihujani Ucapan Tahniah, Isteri Sharnaaz Ahmad Sah Sedang Hamil?

Hiburan

Muat Naik Foto Di Hospital Dan Dihujani Ucapan Tahniah, Isteri Sharnaaz Ahmad Sah Sedang Hamil?

Baru-baru ini, seorang ustaz mendedahkan pasangan Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. Walaubagaimanapun, mereka berdua tidak membuat sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut.

Advertisement

Namun, Noor Nabila menerusi akaun Instagramnya Sabtu lalu berkongsi foto beliau berada di sebuah hospital swasta.

Ramai netizen yang mengucapkan tahniah kepada beliau dan Sharnaaz termasuklah daripada beberapa rakan selebriti iaitu Awal Ashaari dan Hanez Suraya. Ucapan tahniah itu menguatkan lagi berita Noor Nabila sedang berbadan dua.

Doakan yang terbaik sahaja buat mereka berdua dan sama-sama kita nantikan perkhabaran gembira ini daripada Sharnaaz dan isterinya sendiri. Semoga segalanya dipermudahkan buat mereka.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...