Muat Naik Foto ‘Bride To Be’, Netizen Ucap Tahniah Fasha Sandha Bakal Berkahwin

Hiburan

Muat Naik Foto ‘Bride To Be’, Netizen Ucap Tahniah Fasha Sandha Bakal Berkahwin

Dikala khabar angin beliau bakal mengikat tali pertunangan bersama pelakon Aidil Aziz pada pertengahan November ini sedang diperkatakan, Fasha Sandha nampaknya terus menghangatkan lagi berita tersebut dengan memberikan gambaran beliau sememangya bakal berkahwin tidak lama lagi.

Advertisement

Memuat naik foto ‘bride to be’, ruangan komen di akaun Instagram Fasha dihujani dengan ucapan tahniah daripada netizen. Ramai yang sudah tidak sabar untuk menantikan hari bahagia Fasha.

Terdahulu, Cik Pang melalui Harian Metro melaporkan  kad undangan untuk majlis pertunangan Fasha dan Aidil sudah diedarkan. Difahamkan, majlis itu diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh keluarga dan kenalan rapat kedua-dua belah pihak. Pasangan ini juga dikatakan bakal berkahwin pada tahun hadapan.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...