Written by Bella | April 27th, 2018

Meskipun Fasha Sandha dan Nora Danish sudah bahagia dengan kehidupan masing-masing, ada juga netizen yang masih ingin mengaitkan mereka dalam isu yang agak remeh.

Kali ini, gara-gara memakai baju yang sama dengan Nora, Fasha telah ditegur oleh beberapa netizen. Bukan itu sahaja, ada juga yang membandingkan siapa yang kelihatan lebih cantik menggayakan fesyen berkenaan.

Tidak berdiam diri, Fasha menerusi ruangan komen memberitahu beliau tidak kisah jika pakaiannya itu sama dengan Nora dan meminta agar netizen berhenti mempertikaikan perkara tersebut.

Fasha pada masa yang sama berharap tiada lagi pihak terus mengungkit kisah lalu antara beliau dan Nora kerana kedua-duanya sudah meneruskan kehidupan masing-masing.

Sudah menjadi perkara biasa kalau ada orang pakai baju yang sama dengan kita, apa salahya? Tidak bermakna hendak tiru sesiapa. Kadang-kadang tidak faham apa pemikiran netizen.

23 responses to Move On Please Followers – Fasha Sandha Rimas Netizen Pertikai Pakai Baju Sama Dengan Nora Danish

  1. Betta says:

    xde topik nsk membawang..kes pakai baju yg sama pn boleh..
    apa ke bengap peminat² ni..haisshhh x bole hadam betul la

    17

    0
  2. Betta says:

    xde topik nak membawang..kes pakai baju yg sama pn boleh jd isu..
    apa ke bengap peminat² ni..haisshhh x bole hadam betul la

    1

    1
  3. bawang putih says:

    aku ni ha lagi la..tiap kali raya family ktorg mesti pki bju yang sama..
    sedondon gittewww

    7

    0
  4. Anonymous says:

    apolah . baju nora ( SYTD2 di KL) dan baju neelofa (karva salon nora) tak pulak netizen membawang, baju tu sama kot.. sebab i follow dua artis nie… i tak follow fs.. hahahha

    5

    1
  5. i love fashion says:

    masa fs pakai tu tak berapa cantik kot , lepas nora pakai baru nampak cantik baju tu… entah lah tapi apa2 nora pakai mesti cantik..

    18

    0
  6. Anonymous says:

    netizen malaysia bodoh..macam lah tak pernah sama baju dengan orang lain..

    4

    0
  7. Anonymous says:

    ternyata taste diorg mmg sama hehehe tu yg x bley disangkal lagi. sbb tu bf baru FS pon rambut botak2 lebih kurang bossned. gitewwww

    10

    0
  8. AkuBteAyahAku says:

    Ala..baju H&M je kut..tu pun nak heran ke kalau dia org pakai yg sama..murah je kut..no taste..haha aku ketawa

    1

    2
  9. oh says:

    lepas ni fs cari kedai lain beli baju baru.. xnak g H&M dah.. xheran2 pon gigih meroyan terkesan sgt lah tu

    5

    1
  10. El says:

    Dah termalu sebenarnya, maklumlah same ex jejai, tapi pura puralah tak tahu buat muka selamba

    1

    1
  11. Coco says:

    Taste sama

    4

    0
  12. akak lidi says:

    x sangka taste aku dgn fs n nd sama. nk beli gk la baju ni. mmg cantekkk

    1

    0
  13. Anonymous says:

    motif? —> dia sengaja pakai baju nie utk nak bgtau orang dia pakai baju ini dulu dari nora, then org akan cakap nd tu follow dia. but sebelum dia pakai balik baju ini, dia ada up story di ig dia , yg orang tiru pemakaian dia.. tak nampak ker permainan? sebab tak ada cerita dalam industry? i follow mereka berdua..

    7

    0
    • Sisturnina says:

      Takde motif pun…nak jimat ulang pakai baju sama. Bukan baju ni je dia ulang pakai, banyak lagi…lain la Nora….laki anak menteri….pakai sekali buang.

      0

      6
      • Anonymous says:

        nak jimat tak ada masalah kot… tak payah jawab netizen seolah2 dia pakai baju tu dulu.. senyap jer lah kalau tak ada niat nak minta viral.. fact is : masa fs pakai dulu tak ada orang perasan sangat baju tu cantik. nd pakai jer, baju tu memang lawa dia pakai. tak kisah ler nd laki dia anak menteri ker, dia beli juga baju kat h&m, baju mampu milik..

        6

        0
    • Alin says:

      Fasha ni sll jek ade makna di sebaliknya..

      5

      0
  14. fishball says:

    jadi kuasa pulak dia nak reply?????? kalau dah move on tu tak perlu nak cakap apa2 pun. tau lah netizens kan ada je nak spot. lol fasha ngok lah kau

    7

    0
  15. Nenek Ta punya cucu says:

    Nenek aku pun ada baju ni …
    Relax aje dia ….tak bising pun mcm korang

    2

    0
  16. Yekeni says:

    Rimasnya jadi artis. Nak beli baju pun nak kena research siapa dah pakai. Susahlah gini… alamak baju ni detu dah pakai, baju tu deni dah pakai… rimas rimas…. Kalau tak, siaplah angkatan penyerang muncul. So what kalau pakai sama baju. Pakai bag sama takde pulak orang bandingkan.

    4

    0
  17. Annon says:

    Baju tu cutting n length yg seswai utk org tgi. Thus blh nampak menenggelamkan nora n highlight that shes short . Bad choice for her

    1

    4

Leave a Reply to Alin - Cancel

Optional