“Motif ‘Post’ Babak Belum Disunting Sebab Nak ‘Viral’ Ke?” – Umie Aida Pertahankan Erma Fatima

Hiburan

“Motif ‘Post’ Babak Belum Disunting Sebab Nak ‘Viral’ Ke?” – Umie Aida Pertahankan Erma Fatima

Susulan isu hangat yang sedang diperkatakan ramai pihak tentang aksi ‘panas’ yang dilakukan oleh pelakon Zul Ariffin dan Siti Hariesa dalam drama Perempuan Itu, pelakon Datin Seri Umie Aida tampil mempertahankan kakaknya iaitu Erma Fatima.

Menurut Umie, Erma Fatima yang juga merupakan penerbit drama itu terkena tempias kecaman dari netizen, biarpun beliau ada meluahkan rasa bimbang apabila aksi keterlaluan itu dilakukan

Advertisement

Menjelaskan segalanya dalam satu hantaran di Instagram, Umie berkata Erma ada luahkan rasa risau apabila babak itu dilakonkan oleh pelakon kerana sememangnya dianggap melampaui batas.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by umie aida (@umieaida9)

Apa yang membuatkan dirinya berasa lebih kecewa, terdapat individu yang sanggup memuat naik footage aksi ‘panas’ yang hendak dipotong oleh Erma dari dipaparkan dalam drama.

Tambahannya lagi, tindakan memuat naik video terbabit sama sekali tidak meminta izin kepada Erma yang merupakan sebagai penerbit drama itu.

Motif keluarkan sedutan yang belum disunting dan teruja dengan babak yang kurang indah itu untuk dikongsikan supaya viral?

Oleh kerana isu ini sudah berleluasa, Umie meminta agar pihak yang bertanggungjawab untuk kehadapan dan beri penjelasan tentang aksi itu agar dapat menjernihkan keadaan sekarang ini.

Sebelum ini, rata-rata warganet memberi reaksi negatif serta ingin ‘memboikot’ sekiranya drama Perempuan Itu ditayangkan di dalam televisyen, lagi-lagi ketika bulan Ramadan.

tv3 pandang serius isu drama Perempuan Itu
2 years ago

"Adegan Itu Tak Dapat Kelulusan.." - Tular Klip 'Panas' Dalam Drama, Pihak TV3 Tak Diam Diri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...