“‘Mood’ Tak Elok Ke Ajar Kelas Belakang?” – Tindakan Guru Kata Lega Ajar Kelas Depan Dipertikai

Kehidupan

“‘Mood’ Tak Elok Ke Ajar Kelas Belakang?” – Tindakan Guru Kata Lega Ajar Kelas Depan Dipertikai

Masih ‘panas’ dengan isu guru membuat live ketika di dalam kelas, muncul lagi seorang guru lain pula yang mendatangkan kemarahan netizen kerana membuat satu video di platform TikToknya, baru-baru ini.

Video berdurasi 7 saat itu memaparkan seorang guru beberapa kali memandangkan kearah kamera lalu memandang ke hadapan menghadap ke kelas.

Advertisement

Difahamkan, rakaman dibuat semasa adanya sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) dan perkara yang menarik perhatian netizen adalah kenyataan yang ditulis oleh guru wanita itu di dalam video berkenaan.

Bila kau dapat relief (jadi guru ganti) kelas depan, auto mood elok.

Kenyataan tersebut dipertikai oleh netizen dan merasakan guru tersebut tidak sewajarnya berkata sedemikian.

komen twitter

Dalam pada masa yang sama, netizen turut berpendapat guru terbabit tidak professional apabila menjalankan tugas sebagai seorang pendidik.

Bukan saja warganet yang bersuara mengenai guru wanita ini, malah Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq turut kesal dengan tindakan wanita itu dan berharap agar guru diluar sana tidak sewenang-wenangnya memperlekehkan murid ‘kelas belakang’

tweet Syed Saddiq

cikgu mengajar live
2 years ago

"Tegur Pastu Kena Block" - Cikgu Mengajar Secara 'Live', Netizen Minta PPD Ambil Tindakan Sewajarnya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...