Mona Allen Muat Naik Foto Cincin Perkahwinan, Sah Isteri Pekin Ibrahim

Hiburan

Mona Allen Muat Naik Foto Cincin Perkahwinan, Sah Isteri Pekin Ibrahim

Beberapa hari ini kecoh dengan berita pelakon cantik Mona Allen sudah pun berkahwin dengan Pekin Ibrahim dalam sebuah majlis tertutup Jumaat lalu. Foto mereka berdua dalam busana pengantin dan ketika bersanding  tersebar luas di media sosial.

Advertisement

Ramai juga yang tertanya adakah berita ini benar memandangkan Pekin sebelum ini memberitahu beliau sedang menjalin hubungan dengan seorang model antarabangsa bernama Iman.

Namun, segala persoalan akhirnya terjawab  apabila Mona tampil mengesahkannya dengan memuat naik foto dua bentuk cincin. Mona berterima kasih kepada semua pihak yang tidak henti mendoa serta mengucapkan tahniah atas perkahwinan mereka.

Tahniah dan selamat pengantin baru kami ucapkan kepada Mona dan Pekin. Semoga dilimpahi dengan kebahagiaan dan berkekalan sehingga ke syurga.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...