January 22nd, 2020

Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi rap dan juga anggota K-Clique iaitu MK.  Kalau dilihat menerusi foto yang dikongsikan di media sosial, MK sering memakai aksesori barang kemas. Perkara itu mencetuskan kontroversi dimana ia menimbulkan rasa kurang senang dikalangan peminatnya.

MK K-Clique

MK K-Clique atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan berkata, dia tahu tindakannya itu adalah haram dan salah disisi agama Islam. Namun, dia tidak mahu menjadi hipokrit disebabkan minatnya terhadap emas. Walaupun hukumnya haram, dia tetap tidak menjadikan ia sebagai penghalang untuk dirinya memakai perhiasan berkenaan.

Saya sedar dan tahu (salah di sisi hukum agama), tapi sebab minat, langgarlah (pakai juga). Bagi saya tu perkara biasa. Daripada jadi penipu, baik jadi diri sendiri. Sendiri mau tanggung, keep it real.

MK K-Clique pakai emas

Menurut MK, netizen tidak perlu menghukum dirinya kerana apa yang dilakukannya itu adalah dosa peribadi yang bakal ditanggung olehnya sendiri.

Kita masing-masing adalah pendosa, jadi ini bukan sebab untuk netizen menjatuhkan hukum.

Dalam pada itu, MK menjelaskan dia hanya tampil sebegitu ketika melakukan persembahan sahaja dan tidak berniat untuk mencetuskan provokasi mahupun membawa pengaruh buruk terhadap peminat.

Sumber Berita : Malaysiakini

35 responses to “MK K-Clique Pakai Emas Sebab Minat, Dosa Itu Urusan Peribadi”

  1. mommyjarommm says:

    siapa nie? baru ada duit beli emaskah?

  2. Lo says:

    Inilah antara orang2 yang bodoh sombong. Bagus la orang tegur.. ni siap cakap dosa itu urusan peribadi..

  3. Anonymous says:

    X knl pn

  4. Insan19 says:

    Mmg dosa itu urusan peribadi. Tp sbgai org islam kita kena tegur menegur dan menasihati mana yg xbetul. Kalau haram ttp haram. Lgpun mas xbagus untuk gen lelaki. Allah bg kenikmatan idup patutnya kita beryukur bkn kufur dgn nikmatnya. Sedangkan awak tahu dan sedar. Dosa yg xsedar pun byk kita lakukan sbgai manusia biasa. Kenapa nak tmbh dosa yg sedar tu. Semoga mdpt hidayah allah

  5. lain kali bela babi. sebab babi tu menyondol apa yang dia rasa betul. kalau salah kau salahkan diri sendiri. jangan libatkan babi sekali.
    eh babi betul, babi tak sombong macam ni sekali.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini