Misteri 1990: ‘Throwback’ Kisah 4 Artis Terkenal Kemalangan Ngeri Pada Tahun Yang Sama

Kehidupan

Misteri 1990: ‘Throwback’ Kisah 4 Artis Terkenal Kemalangan Ngeri Pada Tahun Yang Sama

Sememangnya ajal itu di tangan Tuhan namun apabila kemalangan ngeri menimpa empat artis ini pada tahun yang sama, ia mengejutkan serta menjadi bualan hangat.

Pada 1990, empat artis popular tanah air pada era itu ditimpa kemalangan ngeri malah ada yang hingga kehilangan insan tersayang.

Advertisement

Mari kita throwback kemalangan yang pernah memberi impak besar buat mereka kerana ia merupakan insiden sangat tragis dan masih diingati ramai peminat sehingga kini.

 

1. Man Kidal

Kemalangan yang berlaku pada 18 Jun 1990 itu terjadi melibatkan dua buah kereta di Gombak Selangor kira-kira jam 10 malam.

Ketika kejadian, kereta dinaiki Man Kidal dipandu oleh pemain dram Lefthanded, Man Dayak yang hanya mengalami kecederaan ringan.

Menyedihkan, anak bongsu Man Kidal bernama Syafida berusia 18 bulan maut akibat kemalangan ngeri itu. Penumpang lain yang terselamat adalah 3 ahli keluarga Man Kidal yang cedera ringan.

 

2. Ramlah Ram & Komposer Azmeer

Mengejutkan, hanya sehari selepas insiden menimpa Man Kidal itu, komposer terkenal Azmeer dan Ramlah Ram dilaporkan terlibat dalam kemalangan.

Pada 19 Jun 1990, mereka berdua serta sepupu Ramlah yang memandu kereta itu, Hamdan Harun kemalangan di Jalan Damansara, Kuala Lumpur.

Dalam kejadian jam 11.30 malam itu, Azmeer yang duduk di kerusi penumpang cedera parah di bahagian muka dan mata kanannya dimasuki kaca sementara Ramlah dan Hamdan hanya mengalami kecederaan ringan.

Difahamkan, ia merupakan kemalangan kedua menipa Azmeer kerana dia pernah terlibat dalam kemalangan hingga mengakibatkan tangan kirinya cacat.

 

3. Zaiton Sameon

Meskipun begitu, dua kemalangan di atas tidak dapat mengatasi tragedi yang terjadi lebih awal yang menimpa penyanyi terkenal, Zaiton Sameon.

Ketika dalam perjalanan pulang, Zaiton terlibat dalam kemalangan tragis di Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Batang Kali selepas van dinaiki dilanggar oleh lori.

Kemalangan itu menyebabkan Zaiton cedera parah di bahagian kepala menyebkannya koma selama 83 hari dan lupa ingatan.

Insiden itu berlaku saat karier Zaiton sedang memuncak namun ia berubah sekelip mata. Pemuzik pengiring Zaiton, Ismail Shaari terkorban dalam kemalangan ngeri itu.

Lebih menyedihkan, anak tunggal Zaiton bernama Azirwan Abu Bakar yang turut berada di dalam kenderaan yang sama, juga terkorban.

Berdasarkan cerita kakak penyanyi itu, Lily Sameon, doktor yang merawat Zaiton ketika itu meramalkan dia tidak mempunyai harapan untuk hidup. Kata Lily lagi, Zaiton sering meracau dan tak dapat tidur selepas sedar dari koma.

Sudah berpuluh tahun berlalu namun kejadian tragis yang berlaku pada tahun itu menjadi ingatan ramai peminat dunia hiburan tanah air.

Meskipun ada yang berpendapat ia merupakan ‘misteri’ namun sebenarnya ia semestinya merupakan takdir dan kententuanNya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

perkahwinan selebriti malaysia mahal
2 years ago

“Sampai RM30 Juta!” - 5 Perkahwinan Termahal Selebriti Malaysia, No 4 Paling Terkejut!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...