Minta Suami Carikan Madu Sebagai Peneman, Wanita Ini Reda Akhirnya Dapat 3 Orang Sekaligus

Kehidupan

Minta Suami Carikan Madu Sebagai Peneman, Wanita Ini Reda Akhirnya Dapat 3 Orang Sekaligus

Hanya disebabkan rasa sunyi kerana sering ditinggalkan suami yang bekerja di luar kawasan, wanita ini dilaporkan telah meminta pasangannya itu untuk berkahwin lain dan memberi ‘madu’ untuknya.

Wanita yang ingin dikenali sebagai Mimi ini yang ditemui mStar Online mengakui dia pada awalnya berasa terkesan namun sikap tolak ansur dalam berumah tangga itu penting demi menjamin kebahagiaan rumah tangga yang dibina.

Advertisement

Katanya lagi, apa yang penting si suami haruslah berlaku adil dan kasih sayang yang diberikan juga perlu sama rata.

Kahwin empat

Mimi selaku isteri pertama memaklumkan bahawa isteri kedua suaminya merupakan teman baik pada awalnya.

Tambahnya lagi, ada syarat tertentu yang ditetapkan buat suami jika ingin bernikah lagi namun enggan berkongsi apakah syaratnya kerana terlalu peribadi.

Terdahulu, wanita ini menjadi tular di TikTok berikutan dia dilihat turut sama hadir dalam majlis pernikahan suami bersama madunya yang ke-4.

Bila dia beritahu nak kahwin yang kedua dan lain-lain saya boleh terima sebab saya bersetuju, saya tak kisah pasal bermadu asalkan dia adil tak curang dan kalau mampu tak salah.

Jadikan madu-madu ini sebagai kawan atau adik beradik baru dapat rasa kemanisan madu itu.

Jelas Mimi, kesemua isteri-isteri suaminya dan juga dirinya berasal dari Kelantan dan menetap di rumah yang berbeza.

 

Selain Mimi, suaminya yang ingin dikenali sebagai Wary bekerja sebagai kontraktor turut bernikah dengan Rina,26, Anis,25, dan Tiha, 25.

Mimi dan Wary telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2014 dan kini mempunyai seorang anak perempuan yang kini berusia tujuh tahun. Wary juga mempunyai seorang lagi anak lelaki berusia empat tahun hasil perkahwinan dengan isteri kedua.

Ambil Oven di Mydin
2 years ago

Tular Foto Bawa Lari 'Oven', Wanita Ini Tampil Dedah Cerita Sebenar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...