Minta Cadangan Netizen Nak Beli Kereta Baru, Datuk Aliff Syukri Dikritik Suruh Guna Duit Bantu Orang Susah

Hiburan

Minta Cadangan Netizen Nak Beli Kereta Baru, Datuk Aliff Syukri Dikritik Suruh Guna Duit Bantu Orang Susah

Jika sebelum ini Datuk Aliff Syukri mengumumkan dia ingin menjual kereta mewahnya dengan harga yang murah, kalini dia telah memuat naik video memaparkan dirinya sedang memilih sebuah lagi koleksi kereta mewah untuk dibelinya.

Video pendek itu telah dimuat naik Aliff Syukri itu telah mengundang perhatian netizen dan rata-rata tidak bersetuju dan menganggap usahawan kosmetik itu tidak sensitif dengan keadaan ekonomi yang melanda Malaysia sekarang ini.

Advertisement

Berikutan itu, ada segelintir netizen meminta Aliff Syukri supaya menderma wang tersebut dan membantu mereka yang lebih memerlukan memandangkan negara sedang mengalami kemerosotan ekonomi akibat dilanda pandemik COVID-19.

Dalam video tersebut, Aliff Syukri sempat bertanyakan pengikut Instagramnya sama ada patut atau tidak dia membeli kereta Toyota Cruise tersebut bagi menggantikan kereta Mercedes yang telah dijualnya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...