Kerapkali kita dihidangkan dengan isu penyalahgunaan tapak parkir golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) berikutan tahap kesedaran sesetengah masyarakat yang masih cetek dan tidak prihatin.
Tular baru-baru ini apabila seorang bapa yang dikenali sebagai Isma Nizam Norahman telah berkongsi satu situasi mengecewakan yang dialami dia bersama anaknya yang berstatus OKU bertempat di sebuah kompleks sukan di Klang pada hujung minggu yang lalu.
Dalam hantaran yang dimuat naik di Facebook miliknya, Isma mendakwa hak menggunakan parkir OKU untuk anaknya itu telah ‘diseleweng’ oleh peniaga jalanan.
Dia yang tiba di kompleks sukan itu segera ke parkir OKU namun terdapat sebuah kerusi di atas tapak letak kereta khas tersebut dan bergegas untuk mengalihkannya.
Namun, Isma tiba-tiba sahaja didatangi seorang individu yang memintanya untuk mengalihkan kenderaan kerana mahu menjadikan parkir OKU itu sebagai tapak untuk berniaga.

Jelasnya, ini bukanlah kali pertama peristiwa seumpama itu berlaku kepada dia dan anaknya namun sudah tidak tahan lagi diperlakukan sebegitu pada hari kejadian malang tersebut.
Dia dalam pada itu turut meluahkan harapan agar kempen berkaitan hak-hak OKU dapat diperluaskan lagi supaya golongan istimewa ini tidak terus ditindas oleh golongan yang tidak bertanggungjawab.
Tolonglah buka mata
March 23, 2022 at 9:46 am
Bukan nk ckp apa. Tp mmg peniaga tepi jln ni ada yg selfish. Buka tapak kat tmpt parking yg jln busy. Depan speedmart, bank, klinik. Tempat tumpuan org. Yg peliknya, kita ni park 5minit terlupa byr parking terus kena saman. Yg diorang ni, bayar ke parking tu sampai ptg ek? Sbb selamba je tgk penguatkuasa tu lalu depan diorang… Bukan nk jd kejam, tp nk buka tapak meniaga tu biarlah kt tempat yg sesuai & x ganggu org lain
haha mpk
March 23, 2022 at 4:00 am
mpk…gerai indon bersepah ko x kutip..parking hlg laluan ko tido..majlis perbandaran kga betul..segala ank pinak semua dlm mpk