Mimi Lana Nafi Sudah Putus Cinta Dengan Syafiq Kyle

Hiburan

Mimi Lana Nafi Sudah Putus Cinta Dengan Syafiq Kyle

Ramai hati wanita diluar sana yang kecewa apabila pelakon kacak Syafiq Kyle mengakui sedang hangat bercinta dengan aktres, Mimi Lana. Dalam diam, mereka sebenarnya sudah empat tahun menyulam cinta.

mimi lana

Namun, baru-baru ini ada gosip yang mendakwa hubungan mereka telah tamat. Mungkin juga kerana mereka berdua agak jarang dilihat bersama dan mempamerkan kemesraan mereka di media sosial.

Advertisement

Pelik bagaimanana khabar angin itu boleh timbul, Mimi tampil menafikan dakwaan tersebut. Kedua-duanya masih lagi hangat bercinta.

Tak tahu nak komen apa sebab saya dan Syafiq masih berkawan seperti biasa. Kami masih keluar bersama dan tidak pernah bergaduh atau berlaku perselisihan faham.

Macam mana berita ini boleh timbul pun saya pelik. Saya tak boleh mengawal mulut orang untuk terus membuat spekulasi tidak benar. Biarlah apa mereka nak fikir asalkan kami tahu menjaga hubungan ini dengan baik.

Rasanya ramai sudah tahu yang saya tak suka nak bercerita lebih mengenai hubungan peribadi. Cukuplah saya kongsikan hubungan saya dengan Syafiq sebelum ini. Tak perlu nak menjaja kisah cinta berlebihan.

Tidak tayang kebahagiaan, bukan bermaksud sesebuah hubungan itu sedang dilanda masalah. Mungkin lebih selesa kemesraan itu hanya dirasai oleh mereka berdua sahaja, terasa lebih istimewa dan semakin hangat lagi cinta yang membara dalam hati. Apa-apa pun, doakan sahaja yang terbaik buat Mimi dan Syafiq semoga ada jodoh sehingga ke fasa yang lebih serius. Sepadan dah tu.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...