Miliki Kondo Dan Kereta Mewah : Ruhainies Nafi Ditaja

Hiburan

Miliki Kondo Dan Kereta Mewah : Ruhainies Nafi Ditaja

Baru sahaja berusia 25 tahun dan belum begitu lama dalam industri hiburan, ada pihak yang mempertikaikan bagaimana pelakon Ruhainies boleh memiliki kondominium sendiri serta kenderaan mewah Mercedes.

Advertisement

Timbul pula dakwaan mengatakan, semua itu adalah pemberian seseorang kepada dirinya ataupun dalam erti kata lain beliau sebenarnya ditaja hartawan.

Bagaimanapun, Ruhainies tidak cepat melatah dan menjelaskan apa yang beliau miliki sejujurnya adalah hasil kerja kerasnya demi membahagiakan orang tersayang.

Saya tidak boleh tutup mulut orang, mereka tidak tahu ada masanya dalam sehari saya perlu bergerak ke sana sini memenuhi komitmen. Memang letih, tetapi saya gigihkan diri demi mencari rezeki.

Saya bekerja keras sejak mula berlakon, malah cuti juga boleh dikira dengan jari kerana saya mempunyai sasaran dalam hidup. Alhamdulillah, berkat kerja keras, saya dapat apa yang saya mahukan. Mungkin tidak mewah, tetapi saya berbangga dapat membahagiakan orang tersayang.

Mungkin mereka yang membuat tuduhan itu cemburu dengan keselesaan hidup serta kejayaan Ruhaineis yang berjaya memiliki aset sendiri pada usia muda. Semuanya tidak mustahil asalkan kita rajin berusaha bukan? Tak perlu lah harapkan orang lain untuk taja diri.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...