Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Miliki 19 Produk Tanpa Kelulusan KKM, Sajat Bakal Didenda RM25,000

Usahawan kosmetik penuh kontroversi, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru atas pertuduhan memiliki 19 produk kecantikan yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Advertisement

Bagaimanapun, Sajat mengaku tidak bersalah melakukan perbuatan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Norasidah Abd Rahman.

Difahamkan, sepasukan anggota dan pegawai Unit Farmasi, KKM telah melakukan pemeriksaan di sebuah premis di Bandar Baru Uda, kira-kira 12 tengah hari, 15 Ogos tahun lalu dan merampas 19 produk kecantikan bernilai hampir RM10,000.

Ketika serbuan dilakukan, Sajat tidak ada di premis berkenaan. Antara produk yang dirampas termasuklah pemutih kulit dan beberapa produk kecantikan lain.

Tindakan diambil mengikut Peraturan 7(1)(a) Peraturan-peraturan kawalan dadah dan kosmetik 1984 dan ia satu kesalahan mengikut Peraturan 30(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah Dan Kosmetik 1984.

Advertisement

Sajat didakwa mengikut Seksyen 12(1) Akta Jualan Dadah 1952, sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM25,000 atau penjara sehingga 3 tahun atau kedua-duanya sekali untuk kesalahan pertama.

Pegawai pendakwa Bahagian Perkhidmatan Farmasi Johor memohon mahkamah menetapkan RM8,000 sebagai wang jaminan dan seorang penjamin berikutan kesalahan dilakukan tertuduh yang serius.

Peguam bela Nur Sajat memohon wang jaminan sebanyak RM1,500 dengan alasan anak guamnya itu tidak pernah ingkar arahan mahkamah tetapi pihak mahkamah menetapkan RM7,000 sebagai jumlah wang jaminan  seorang penjamin. Mahkamah turut menetapkan 23 jun ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sumber Berita : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

40 Comments

  1. Anonymous

    May 13, 2019 at 2:07 pm

    pakai je bedak batu buatan cina, ada je jual di psr2 mlm, 2.00 kot satu, ada putih, dan pink bedak batu tu, gmbar muka depan, model cina opera, kening garis lurus..byk je ada di psr2 mlm., cina jual, india jual, melayu je segan..

    • Anonymous

      May 13, 2019 at 10:08 pm

      So?

  2. Somebody

    May 13, 2019 at 12:29 pm

    Apa sket tak ngaku. Hadoi.. Takkan la kkm suka2 je nk saman. Kalau dah salah tu ngaku je la. Haishh

  3. bukan nama sebenar

    May 13, 2019 at 11:23 am

    org yg ikut kes ni pun bukannya hadap sgt pasal produk dia..tp sbb minat nak tau nama sebenar dia

  4. kaktus

    May 13, 2019 at 11:19 am

    Usahawan kosmetik penuh kontroversi, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman ? ……kannnn terbukti

    • Anonymous

      May 13, 2019 at 10:06 pm

      Dah lama org tau,
      . Ketinggalan zaman kau ni

  5. kakikucinghitam

    May 13, 2019 at 11:12 am

    cane jantan ni boleh lepas bebas kt kelantan pakai kebaya tudung ?

    • Elliza Razak

      May 13, 2019 at 7:10 pm

      KAN. RASIS YANG DIGALAKKAN HANYALAH MENOLAK LGBT TERMASUK KALANGAN TRANSJANTINA (MENYIMPANG DARIPADA JANTINA ASAL).

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama