Miliki 19 Produk Tanpa Kelulusan KKM, Sajat Bakal Didenda RM25,000

Hiburan

Miliki 19 Produk Tanpa Kelulusan KKM, Sajat Bakal Didenda RM25,000

Usahawan kosmetik penuh kontroversi, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru atas pertuduhan memiliki 19 produk kecantikan yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Advertisement

Bagaimanapun, Sajat mengaku tidak bersalah melakukan perbuatan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Norasidah Abd Rahman.

Difahamkan, sepasukan anggota dan pegawai Unit Farmasi, KKM telah melakukan pemeriksaan di sebuah premis di Bandar Baru Uda, kira-kira 12 tengah hari, 15 Ogos tahun lalu dan merampas 19 produk kecantikan bernilai hampir RM10,000.

Ketika serbuan dilakukan, Sajat tidak ada di premis berkenaan. Antara produk yang dirampas termasuklah pemutih kulit dan beberapa produk kecantikan lain.

Tindakan diambil mengikut Peraturan 7(1)(a) Peraturan-peraturan kawalan dadah dan kosmetik 1984 dan ia satu kesalahan mengikut Peraturan 30(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah Dan Kosmetik 1984.

Sajat didakwa mengikut Seksyen 12(1) Akta Jualan Dadah 1952, sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM25,000 atau penjara sehingga 3 tahun atau kedua-duanya sekali untuk kesalahan pertama.

Pegawai pendakwa Bahagian Perkhidmatan Farmasi Johor memohon mahkamah menetapkan RM8,000 sebagai wang jaminan dan seorang penjamin berikutan kesalahan dilakukan tertuduh yang serius.

Peguam bela Nur Sajat memohon wang jaminan sebanyak RM1,500 dengan alasan anak guamnya itu tidak pernah ingkar arahan mahkamah tetapi pihak mahkamah menetapkan RM7,000 sebagai jumlah wang jaminan  seorang penjamin. Mahkamah turut menetapkan 23 jun ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...