Mierul Aiman Anggap Kacak Sebagai Sesuatu Yang Subjektif

Hiburan

Mierul Aiman Anggap Kacak Sebagai Sesuatu Yang Subjektif

Pernah dilabel wajah berkerak dan tidak komersial, juara Hero Remaja 2021 Mierul Aiman berpendapat bahawa ketampanan seseorang individu itu bukan terletak hanya pada wajah semata-mata.

Mierul Aiman
2 years ago

"Semalam Mimpi Aku Bermesra Dengan Realiti.." - Mierul Aiman Juara Hero Remaja 2021

Advertisement

Mierul memaklumkan bahawa perkara tersebut adalah sesuatu yang subjektif untuk dinilai malah personaliti dan ilmu juga boleh dilihat sebagai kecantikan seseorang individu.

Cantik dan kacak ini subjektif, lain orang lain pendapat. Bagi saya, cantik datangnya daripada personaliti, attitudeskill dan ilmu yang kita bawa.

Menurut Mierul atau nama sebenarnya Muhammad Amirul Aiman Norazman, dia akan berusaha menjadi teladan yang terbaik kepada masyarakat serta mahu menjadi lebih baik untuk diri sendiri selepas dinobatkan sebagai juara Hero Remaja.

Kenyataan Mierul tersebut adalah untuk mengulas kritikan dikeluarkan oleh penerbit popular Michael Ang sebelum ini yang menyifatkan peserta Hero Remaja 2021 seperti gagal menepati standard yang diharapkan penggiat seni.

Ini adalah kerana, Michael memberitahu bahawa dia mengharapkan para peserta yang dipilih perlu mempunyai wajah dan perwatakan menarik untuk diketengahkan sebagai pelapis dunia hiburan.

Mierul Aiman

InsyaAllah, saya akan lebih berhati-hati tetapi kita hanya manusia biasa yang tak lari daripada kesilapan.

Ditanya mengenai kesediaannya berdepan asam garam industri seni, Mierul mengatakan yang dia sudah menyiapkan diri untuk dikritik jika melakukan sesuatu kesalahan.

Tambah Mierul lagi, mungkin apa yang ditegur oleh para netizen atau mana-mana pihak nanti mampu memberi kebaikan kepada dirinya pada masa akan datang.

Sekadar info, rancangan Hero Remaja tersebut melabuhkan tirainya pada Sabtu lepas dengan mengumumkan Mierul Aiman sebagai juara untuk musim ini dengan membawa pulang wang tunai RM10,000 beserta trofi.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...