Mia Ahmad Terus Muat Naik Status Sedih, Kali Ini Tentang Erti Kejujuran

Hiburan

Mia Ahmad Terus Muat Naik Status Sedih, Kali Ini Tentang Erti Kejujuran

Episod pergolakkan rumah tangga Mia Ahmad bersama penjaga gol pasukan JDT, Izham Tarmizi Roslan nampaknya semakin hangat. Sebelum ini, Izham dituduh berlaku curang dibelakang Mia tetapi beliau menafikan perkara itu dan mendakwa ia hanya satu fitnah yang direka sepasang kekasih yang sengaja ingin memusnahkan kebahagiaan mereka.

Advertisement

Terbaru, Mia menerusi Insta Stories sekali lagi mencuri tumpuan ramai apabila memuat naik pula status sedih berkaitan pembohongan dan apakah erti sebuah kejujuran. Penuh maksud tersirat disebalik apa yang diperkatakan membuatkan orang ramai tertanya-tanya apakah status sebenar mereka suami isteri sekarang.

Terdahulu, hubungan Mia dan Izham dikatakan goyah selepas aktres itu memadam semua foto bersama suaminya termasuklah memori ketika majlis pernikahan mereka daripada akaun Instagram selain memuat naik status berunsur penuh kekecewaan. Malah, Mia mengatakan beliau bukanlah sengaja ingin meraih perhatian tetapi rasa tercabar dengan suaminya. Apa pun yang berlaku selepas ini beliau akan redha.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...