Masih dalam tempoh berpantang selepas melahirkan cahaya mata pertamanya penghujung September lalu, rumah tangga Mia Ahmad dan penjaga gol pasukan JDT, Izham Tarmizi Roslan kini dilanda dengan ujian yang tidak diduga.
Sebelum ini timbul dakwaan mengatakan suaminya itu berlaku curang, namun Izham menafikannya dan mengatakan ia satu fitnah yang direka oleh sepasang kekasih yang berniat jahat terhadapnya.
Terbaru, Mia menerusi Insta Story berkata beliau akan melakukan apa sahaja agar hubungannya bersama suami kembali jernih dan menyelamatkan perkahwinan mereka.
Kami harap segalanya dipermudahkan buat Mia dan suaminya. Semoga cinta dan kasih sayang antara mereka terus utuh dan berkekalan sehingga ke syurga.