Mia Ahmad Dan Suami Batal Majlis Resepsi Perkahwinan Di Kuala Lumpur

Hiburan

Mia Ahmad Dan Suami Batal Majlis Resepsi Perkahwinan Di Kuala Lumpur

Pelakon Mia Ahmad dan suaminya, Mohd Izham Tarmizi Roslan baru-baru ini telah mengadakan sebuah majlis respsi perkahwinan di Terengganu. Selepas itu, mereka merancang untuk mengadakan majlis yang sama di sebuah hotel terletak di Kuala Lumpur yang sepatutnya berlangsung pada 22 Mac lalu. Walaubagaimanapun, majlis itu terpaksa dibatalkan berikutan jadual Izham yang agak padat sebagai penjaga gol pasukan JDT.

Advertisement

Ramai juga yang menantikan untuk melihat pasangan ini bersanding di Kuala Lumpur. Sedar ia mengecewakan ramai pihak, Mia telah tampil memohon maaf di atas pembatalan majlis tersebut.

Memang sejak awal lagi, majlis berkenaan sudah dirancang untuk diadakan di Kuala Lumpur. Namun, berikutan jadual suami yang terlalu padat, hasrat itu terpaksa dibatalkan.  Jujur saya katakan, jadualnya memang tersangat padat. Kami memang tidak boleh nak selitkan apa-apa lagi.

Akhirnya, kami terpaksa mempertimbangkan juga perkara itu walaupun tentunya saya rasa sedih kerana ada teman rapat di ibu kota, termasuk rakan media, kru produksi dan pengarah, yang tidak sempat datang ke majlis kahwin saya sebelum ini. Saya harap mereka dapat memahami kesulitan ini.

Walaupun serba salah, Mia harus membuat keputusan sedemikian kerana enggan membebani  mana-mana pihak , terutama suami tercinta.

Tidak mengapalah, kerja juga satu amanah yang harus dilaksanakan dengan baik apatah lagi ia melibatkan satu pasukan.

Sumber Berita : BH ONLINE

Kredit Foto : sbxs

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...