“Mesti Meremang Masa Tu” – Kisah Di Mahkamah Syariah, Ada Bomoh Baca Ayat Jampi Untuk ‘Diamkan’ Peguam Plaintif

Kehidupan

“Mesti Meremang Masa Tu” – Kisah Di Mahkamah Syariah, Ada Bomoh Baca Ayat Jampi Untuk ‘Diamkan’ Peguam Plaintif

Perbuatan syirik dan kufur sememangnya sangat dimurkaiNya. Perkara ini sudah terlalu berleluasa sehinggakan amalan ilmu sihir dan bomoh semakin banyak kita dengari dalam masyarakat di Malaysia.

Namun siapa sangka, perbuatan sebegini terjadi sehingga ke tempat berlakunya perbicaraan.

Advertisement

motogp
2 years ago

(VIDEO) "Mat Salleh Gelak Jer Macam Ni" - MotorGP Indonesia Panggil Bomoh Hentikan Hujan Jadi Tumpuan

Seorang peguam berkongsi pengalamannya di Twitter baru-baru ini tentang situasi perbicaraan di mahkamah syariah yang melibatkan ilmu hitam.

Jelasnya, ketika kejadian itu terjadi dia merupakan seorang intern dan ia berlaku kepada seorang peguam syariah yang terkenal.

Ketika perbicaraan sedang berlangsung, peguam itu tiba-tiba tidak boleh bercakap dan hakim kemudian menghalau semua yang hadir.

Hakim tu marah sangat dan halau semua keluar sebab dia tahu ada orang tengah baca ayat jampi untuk diamkan peguam plaintif.”

Difahamkan, perkara begitu sering kali berlaku sehingga peguam syariah perlu menghadiri seminar tentang bagaimana untuk mengatasi situasi tersebut dan cara untuk kenal pasti ilmu hitam.

Mengejutkan, ramai warganet yang membaca hantaran tersebut turut berkongsi pengalaman mereka tentang situasi yang lebih kurang sama selain ada yang berkata situasi begitu sebenarnya normal tetapi ramai tidak tahu.

Malah, ada seorang individu yang berkata isterinya merupakan seorang peguam suatu ketika dahulu dan membawa pendiding setiap kali masuk mahkamah.

Perbuatan menggunakan bomoh di mahkamah ini dipercayai untuk menyukarkan proses pencarian atau sembunyikan bahan bukti selain mahu membuatkan pihak lawan takut atau lemah untuk berhujah ketika perbicaraan berlangsung.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...