Meskipun Punya Tiga Juta Pengikut Di Instagram, Filem Hairul Azreen Hanya Kutip RM 14,196.50

Hiburan

Meskipun Punya Tiga Juta Pengikut Di Instagram, Filem Hairul Azreen Hanya Kutip RM 14,196.50

Pelakon Hairul Azreen ialah antara pelakon yang mempunyai jutaan pengikut di media sosial. Hairul mempunyai 3.1 juta pengikut di Instagram dan 245,000 pengikut di Twitter. Bagaimanapun, jumlah pengikut yang sangat ramai tidak semestinya bermaksud seseorang itu popular atau mempunyai tarikan yang mampu diterjemahkan untuk menarik penonton bagi menyaksikan filem di  pawagam.

Merujuk laman sesawang Perbadanan Kemajuan Perfileman Malaysia (FINAS), filem lakonan Hairul Azreen yang baru ditayangkan, Qhaliq, hanya mengutip sebanyak RM 14,196.50 setelah tayangan selama tujuh hari di pawagam-pawagam tempatan. Filem itu merupakan arahan Rosli Mohd Taib dan diterbitkan di bawah syarikat Aifa Motion Pictures Sdn Bhd mula ditayangkan ppada 14 Jun lepas.

Advertisement

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Sebelum ini, Netizen pernah mempersoalkan mengenai pemilihan Hairul Azreen sebagai pelakon utama beberapa filem menampilkan watak utama sebagai pegawai berpakaian seragam iaitu Qhaliq (Bomba) dan PASKAL (Tentera Laut Diraja Malaysia).

Ini kerana Hairul dikatakan masih belum membuktikan kemampuan untuk tampil meyakinkan walaupun dalam drama tempatan tetapi diberi peluang untuk memegang watak utama dalam filem-filem aksi. Ada yang berpendapat, Hairul dipilih kerana mempunyai pengikut yang ramai di media sosial.

Filem itu turut dipromosikan oleh Hairul di akaun media sosialnya dan media sosial isterinya, Hanis Zalikha.

Sebelum ini juga beberapa orang pelakon terkenal pernah mempersoalkan mengapa jumlah pengikut media sosial yang ramai dijadikan kriteria untuk memilih pelakon bagi membintangi drama atau filem tertentu, bukan bakat atau kemampuan seseorang dalam bidang lakonan.

Mungkin bagi mereka, kegagalan filem Qhaliq ini mencapai kutipan memberangsangkan ialah salah satu petunjuk bahawa pengikut media sosial yang ramai tidak menjamin kejayaan sesebuah drama atau filem. Apa pendapat anda? – beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...