Meskipun Dah Berbaik Dengan Isteri, Shuk Sahar Masih Digantung Tugas Di Hot FM

Hiburan

Meskipun Dah Berbaik Dengan Isteri, Shuk Sahar Masih Digantung Tugas Di Hot FM

Pihak pengurusan Hot FM, Ripple memberitahu bahawa pihak mereka masih lagi menggantung sementra perkhidmatan pelawak, pengacara dan pelakon, Shuk Sahar,35, semenjak berkuatkuasa dari 25 Januari yang lalu.

Shuk SaharSumber : Instagram Shuk Sahar  

Menurut wakil pihak pengurusan Ripple, perkhidmatan Shuk masih lagi digantung susulan isu peribadinya yang tular dengan hebat di media sosial baru-baru ini.

Advertisement

Difahamkan juga, isu berkenaan masih dalam pemerhatian dan perbincangan sehingga ke hari ini. Keputusan sama ada tugas penyampai radio itu bakal ditamatkan atau tidak bakal diumumkan mereka tidak lama lagi.

“Pihak pengurusan mengesahkan bahawa isu berkenaan masih dikaji dan dalam perbincangan buat masa ini. Pengumuman akan dibuat kelak.”

Terdahulu, media sosial dan dunia hiburan digemparkan dengan pendedahan isteri kepada Shuk iaitu Rossalennah Natassiah Asshaferah yang lebih dikenali sebagai Sera di mana suaminya itu kembali curang dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Fara. Difahamkan wanita tersebut pernah beberapa kali dikaitkan dengan isu rumah tangga penyampai radio terbabit dan juga beberapa rakan artis yang lain.

Bagaimanapun, pasangan suami isteri ini difahamkan telah berbaik kembali setelah Shuk memujuk Sera dengan membuat kejutan rombongan meminang sekali lagi ke kediaman mereka. Shuk kemudian tampil membuat permohonan maaf dan mengakui menyesal atas segala tindakan yang telah dilakukannya.

Sekadar info, Shuk dan Sera telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2015 yang lalu dan hasil perkongsian hidup mereka berdua dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Nur Qurratu Ain,4, dan Nur Assyifatu Aimi yang kini berumu setahun.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...