“Mereka Rasa Tergugat” – Wanita Mengaku Susah Dapat ‘Best Friend’ Perempuan Sebab Terlalu Cantik

Kehidupan

“Mereka Rasa Tergugat” – Wanita Mengaku Susah Dapat ‘Best Friend’ Perempuan Sebab Terlalu Cantik

Seorang wanita mendedahkan dia menghadapi kesukaran untuk mencari kawan baik kerana wajahnya. Menerusi perkongsiannya di TikTok, Ariana berkata dia sangat terdesak untuk mempunyai sahabat.

Menurut The Sun, Ariana akui dia sukar untuk mempunyai rakan baik perempuan kerana wajahnya terlalu cantik dan rata-rata wanita dikenalinya cemburu dengan kecantikannya itu.

Advertisement

Dia yang mempunyai hampir 50,000 pengikut di TikTok itu berkata, kehidupan sehariannya juga menjadi susah disebabkan ‘pretty privilege’ itu.

Bagaimanapun, dia tidak menyangkal bahawa kelebihan ‘pretty privilege’ itu wujud dan jika seseorang itu berwajah cantik, hidup mereka akan lebih mudah dalam pelbagai aspek.

Namun, katanya ada juga aspek negatif atau keburukan memiliki raut wajah yang jelita sepertinya. Menurut Ariana,

Ada keburukan (pretty privilege) yang tidak diperkatakan dan saya akan bercakap tentang pengalaman saya sebagai seorang perempuan (cantik).”

Saya tiada ramai rakan wanita. Dan ia adalah kesukaran yang saya hadapi selama ini dan saya tidak faham kenapa.”

Kongsinya lagi, dia sering dipuji cantik oleh wanita lain dan diajak untuk keluar bersama tetapi apabila tiba masanya, mereka tidak datang dan dia ditinggalkan.

Apabila dia mengadu kepada keluarganya mengapa susah untuk mendapat kawan baik perempuan, mereka akan menjawab,

Ari, semua orang nak jadi yang paling cantik.”

Keluarganya berkata Ariana buat orang lain rasa tergugat dengan daya tarikan dan kecantikan yang dimiliknya.

Melalui video yang lain, Ariana berkata dia sudah menjangkakan orang ramai akan mengkritiknya kerana membuat pengakuan tentang ‘keburukan’ memiliki wajah yang cantik.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Intan Liana Saleh
1 year lalu

"Kau Cantik? Rampas Hak Orang Tak? Lemah!" - Intan Liana Perli Siapa Tu?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : The Sun

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...