“Mereka Masih Kaitkan Saya Dan Aidil Sepertinya Kami Posh & David Beckham”

“Mereka Masih Kaitkan Saya Dan Aidil Sepertinya Kami Posh & David Beckham”

Pelakon Rita Rudaini membesarkan dua orang anak lelakinya sendiri setelah berpisah dengan bekas suami, pemain bolasepak Aidil Zafuan Abdul Razak.

Anak sulungnya Airit Rayyan Rizqin, 9, dan Airit Qaqa Arjuna, 7 sudah menunjukkan minat dan bakat dalam sukan bola sepak yang diceburi oleh Aidil walaupun mereka tidak tinggal bersama.

Advertisement

Bagaimanapun, Rita nampaknya tidak gemar apabila kecenderungan Rayyan dan Qaqa dalam sukan bola sepak dikaitkan dengan Aidil sedangkan Rita yang mendidik dan membesarkan mereka.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Melalui satu muat naik di Instagram, Rita memuat naik gambar Qaqa beraksi menjaga gawang bola diiringi kapsyen:

Mak punya susu, bapa yang dapat nama. Pepatah Melayu baru.

Kepada Harian Metro, Rita mengatakan ada yang masih belum move on dari kisahnya dengan pemain bola sepak yang kini mempunyai keluarga baru itu:

Mereka masih tak move on dan mengaitkan saya dan Aidil sepertinya kami ini Posh dan David Beckham. Lepas tu apabila mereka kata anak-anak pandai main bola sebab bapa mereka, langsung tak logik.

Sedangkan ada pemain bola sepak hebat, anak mereka tidak sehebat bapa mereka. Jadi mereka tidak boleh berkata anak-anak pandai bermain bola kerana dia anak Aidil Zafuan.

Disebabkan anak-anak dan rakan mereka suka bermain bola sepak membuatkan saya menubuhkan satu kelab untuk mereka, melantik jurulatih untuk mengajar mereka.

Saya lakukan ini kerana mahu Rayyan dan Arjuna berkawan. Tambahan pula untuk bermain secara serius dan mewakili sekolah, agak payah kerana ada ramai lagi murid yang lebih bagus.

Tapi hendak kata anak-anak saya pandai sangat bermain bola sepak itu tidak benar cuma bila dia dan kawan-kawannya sudah dilatih, mereka tidak kekok beraksi di padang.

Apabila atas segala usaha yang saya lakukan ini, tiba-tiba orang mengaitkan dengan Aidil Zafuan sudah tentu saya berasa sedikit ralat kerana yang bersusah payahnya saya.

Sebelumnya, Rita memuat naik satu gambar pasukan bola sepak yang ditubuhkannya untuk mereka berdua, yang dinamakan RR Cougars.

Namun, ramai Netizen meninggalkan komen mengaitkan kebolehan anak-anaknya dalam bola sepak dengan Aidil Zafuan, yang membuatnya rasa ralat. – beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...