May 27th, 2020

Setelah berjaya menghiasi hari-hari penonton sepanjang bulan Ramadan ini, drama ‘Bukan Gadis Biasa’ sudah pun melabuhkan tirainya. Walaupun menerima pelbagai kritikan sepanjang tayangannya, naskhah ini tetap ‘trending’ hampir saban hari di laman media sosial.

Mengejutkan apabila bintang utama yang menyinari drama tersebut iaitu Sheila Rusly mendedahkan bahawa dia membuat keputusan untuk merehatkan diri buat sementara waktu selepas berakhirnya ‘Bukan Gadis Biasa’.

opah aminah sheila rusly

Tindakan drastik ini dilakukan dek kecewa dengan orang dalam industri selain kecewa kerana penat jerihnya dalam menghasilkan sebuah karya untuk kepuasan penonton tidak mendapat penghargaan yang sewajarnya.

Sheila Rusly menjelaskan bahawa sepatutnya naskhah genre biasa inilah yang patut dihargai. Sedikit terkesan apabila tiada penghargaan diberikan walaupun wanita itu sudah pun berusaha 100% bagi menjayakan drama garapannya.

“Tapi sebagai manusia biasa, mestilah ada perasaan terkecil hati, tersedih dan terkecewa. Saya hasilkan sesebuah karya dengan bersungguh-sungguh untuk kepuasan penonton.”

Keputusan ini sebenarnya bukanlah sesuatu khabar angin yang baru sahaja berterbangan malahan suaminya, Jinggo juga ada berkongsi hasrat Sheila Rusly untuk mengundurkan diri untuk seketika waktu pada penghujung tahun lepas.

sheila rusly jinggo

Tegas Sheila Rusly, keputusan yang dibuat itu bukanlah gimik semata-mata demi meraih perhatian daripada semua orang. Pilihan itu diputuskan bagi mengotakan janjinya sebelum ini.

“Saya memang nak berehat, bila saya cakap itu maknanya saya akan buat. Saya bukan hanya cakap tapi tak buat. Ini bukan gimik dan bukan sekadar bercakap untuk dapatkan perhatian.”

Pun begitu, wanita ini sendiri tidak pasti sampai bila rehat ini akan berlangsung. Mungkin dia akan kembali ke kaca televisyen apabila menerima tawaran berlakon yang membuatkan dia mahu beraksi semula.

sheila rusly opah aminah

Semoga Sheila Rusly berehat sepenuhnya sebelum kembali mencurahkan bakti pada industri seni tanah air.

Sumber: mStar Online


7 responses to “Merajuk Dengan Industri, Sheila Rusly Berhenti Berlakon Sementara Selepas Bawa Watak Opah Aminah”

  1. Anonymous says:

    ayoo…tak boleh kena kritik ke kalau dah memang drama low quality sangat2, tak boleh ambik sebagai constructive criticism ke, baru la sentiasa buat yang terbaik

  2. Takpenting says:

    sepatutnye menerima kritikan itu lebih baik ..dan memperbaiki untuk lebih baik..buat cerita untuk siapa ..kepada siapa..mestilaa penonton rakyat marhaen ini bukan….diaorg berhak mengkritik sebab yang menonton buknnye golongan yang kurang berpengetahuan.masyarakat ini besar dr pelbagai sudut pengalaman..ambilah y positif ..buknnye mmbawa dri dgn alasan ..org tidak menerima karya anda..anda rasa dgn drama anda sudah layak digelar karyawan terhebat…wah kalau begitu sesiapa pun mmpu buat [email protected] tidak mau ade jatuh bangun..dlm industri..bukn disitu tempt anda..pikir2 kan laa

  3. Maznah Osman says:

    Shela dan suami adalah gandingan yg mantap, saya suka dgn arahan dan lalunan beliau, ceritanya yg mengisahkan jehidupan manusia, ceritanya sebagai pengaran, lakunan shila sebagai org tua pun menjadi, tahniah sila dan Jinggoo, sabar dan kerenah manusia yg iri hati,ctakbpernah memberi sokongan

  4. hakak says:

    rehat je la.. berlakon pun bukan best sgt.. biasa2 je.. berlakon pun dgn production sendiri..

  5. Anonymous says:

    Berenti je lah sheila.. you dengan suami you sama je. spesis syok sendiri. not gonna miss your snob ass

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...