Merajuk Dengan Industri, Sheila Rusly Berhenti Berlakon Sementara Selepas Bawa Watak Opah Aminah

Hiburan

Merajuk Dengan Industri, Sheila Rusly Berhenti Berlakon Sementara Selepas Bawa Watak Opah Aminah

Setelah berjaya menghiasi hari-hari penonton sepanjang bulan Ramadan ini, drama ‘Bukan Gadis Biasa’ sudah pun melabuhkan tirainya. Walaupun menerima pelbagai kritikan sepanjang tayangannya, naskhah ini tetap ‘trending’ hampir saban hari di laman media sosial.

Mengejutkan apabila bintang utama yang menyinari drama tersebut iaitu Sheila Rusly mendedahkan bahawa dia membuat keputusan untuk merehatkan diri buat sementara waktu selepas berakhirnya ‘Bukan Gadis Biasa’.

Advertisement

opah aminah sheila rusly

Tindakan drastik ini dilakukan dek kecewa dengan orang dalam industri selain kecewa kerana penat jerihnya dalam menghasilkan sebuah karya untuk kepuasan penonton tidak mendapat penghargaan yang sewajarnya.

Sheila Rusly menjelaskan bahawa sepatutnya naskhah genre biasa inilah yang patut dihargai. Sedikit terkesan apabila tiada penghargaan diberikan walaupun wanita itu sudah pun berusaha 100% bagi menjayakan drama garapannya.

“Tapi sebagai manusia biasa, mestilah ada perasaan terkecil hati, tersedih dan terkecewa. Saya hasilkan sesebuah karya dengan bersungguh-sungguh untuk kepuasan penonton.”

Keputusan ini sebenarnya bukanlah sesuatu khabar angin yang baru sahaja berterbangan malahan suaminya, Jinggo juga ada berkongsi hasrat Sheila Rusly untuk mengundurkan diri untuk seketika waktu pada penghujung tahun lepas.

sheila rusly jinggo

Tegas Sheila Rusly, keputusan yang dibuat itu bukanlah gimik semata-mata demi meraih perhatian daripada semua orang. Pilihan itu diputuskan bagi mengotakan janjinya sebelum ini.

“Saya memang nak berehat, bila saya cakap itu maknanya saya akan buat. Saya bukan hanya cakap tapi tak buat. Ini bukan gimik dan bukan sekadar bercakap untuk dapatkan perhatian.”

Pun begitu, wanita ini sendiri tidak pasti sampai bila rehat ini akan berlangsung. Mungkin dia akan kembali ke kaca televisyen apabila menerima tawaran berlakon yang membuatkan dia mahu beraksi semula.

sheila rusly opah aminah

Semoga Sheila Rusly berehat sepenuhnya sebelum kembali mencurahkan bakti pada industri seni tanah air.

Sumber: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...