Menyampah Tengok Iklan Raya Yang Sedih Memanjang? Ha Ini Iklan Yang 100% Akan Menaikkan Mood Aidilfitri Anda

Hiburan

Menyampah Tengok Iklan Raya Yang Sedih Memanjang? Ha Ini Iklan Yang 100% Akan Menaikkan Mood Aidilfitri Anda

Iklan hari Raya Aidilfitri adalah antara perkara yang sentiasa Abang Nara nantikan setiap tahun. Secara ikhlasnya, Abang Nara tak suka iklan sedih-sedih buat mengalir air mata. Bagi Abang Nara, raya adalah waktu untuk bergembira, bergelak tawa dan tersenyum riang. Jadi iklan raya pun kenalah ada mood sebegitu. Dan tahun ini, Abang Nara dah jumpa iklan pilihan hati!!!

Gelagat Ayda Jebat yang penuh imaginasi di dalam iklan raya Watsons ini memang mencuit hati. Dengan tagline “Ada Hati, Raya Menjadi-Jadi”, kegembiraan dan keseronokan Ayda Jebat balik kampung turut dirasai oleh Abang Nara.

Advertisement

Antara adegan yang mencuit hati Abang Nara ialah:-

1. Naik bas balik kampung tapi Ayda Jebat punya imaginasi macam naik kapal terbang. Siap ada “air turbulence lagi”.
2. Ada dayang-dayang menarik menyambut ketibaan Ayda Jebat, padahal sebenarnya orang kampung tengah sibuk bersihkan halaman rumah. Lawak gila kot Ayda Jebat menari dengan diorang
3. Tunggang kuda putih umpama seorang puteri turun dari kayangan, sedangkan realitinya Ayda Jebat naik motor bersama ayah tercinta. Memang kalau dah seronok sangat balik kampung, semua benda boleh diangan-angankan. Tak gitu?
4. Kegembiraan yang terpancar di wajah ibu dan adik beradik apabila menerima hadiah barangan Watsons dari Ayda Jebat. Ha ini realiti bukan mimpi. Sesekali balik kampung bagi hadiah kat family apa salahnya kan? Diorang mesti lebih gembira!!!
5. Kucing merajuk tak dapat barangan Watsons!!! Hehehe, serius comel!!

Banyak lagilah benda-benda best, kelakar dan menarik di dalam iklan raya Watsons tahun ini. Bila tengok iklan ceria macam ini, barulah semangat raya tue makin membara. Mood nak bershopping pun semakin meningkat. Yang penting jangan lupa beli produk kosmetik, pencuci muka, produk penjagaan kulit dan sebagainya di www.watsons.com.my. Tengah banyak promosi dan tawaran menarik sekarang nie!!!

Kalau nak tambahkan lagi mood raya korang, boleh layan beberapa video “extension” raya Watsons yang memfokuskan kepada produk daripada kategori seperti kecantikan, penjagaan kulit dan sebagainya. Boleh tahan kelakar dan menarik jugak.

Jadi tunggu apa lagi? Pastikan raya anda kali ini menjadi-jadi bersama Watsons. Check out www.watsons.com.my untuk lebih informasi tentang promosi Aidilfitri mereka. Selamat hari raya!!!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...