Menteri Kewangan Israel lahirkan kembimbangan terhadap pemboikotan produk

Trending

Menteri Kewangan Israel lahirkan kembimbangan terhadap pemboikotan produk

Menteri Kewangan Israel, Yair Lapid telah memberikan amaran bahawa dunia, termasuk Amerika Syarikat, semakin hilang simpati dan kesabaran terhadap Israel.

Israeli anchor Yair Lapid poses for a portrait in this undated handout photo

Yair Lapid

Bercakap kepada beberapa kumpulan yang terdiri dari wakil organisasi Yahudi Amerika, beliau yang juga pengerusi parti politik Yesh Athid mengingatkan tentang kempen boikot yang makin giat dijalankan terhadap Israel akan memberi kesan kemusnahan ekonomi.

Advertisement

Setelah satu kesatuan akademik terkenal di AS iaitu ASA membuat keputusan untuk memboikot institusi akademik dan pendidikan yang beroperasi menyokong petempatan tidak sah Israel di West Bank, gergasi pencen Belanda PPGM dan Bank Danske di Denmark turut memboikot bank Israel atas sebab yang sama.

Sementara itu, bank terbesar di Jerman iaitu Deutsche Bank (DB) telah menyenarai hitam bank Israel iaitu Hapoalim sebagai ‘syarikat tidak beretika’ kerana menyalurkan dana kepada penempatan haram Israel di West Bank, seperti dilaporkan oleh akhbar Israel iaitu Maariv.

Firma Belanda, Boskalis Westminister dan firma Itali, Condote de Agua turut menarik semula bidaan untuk membina pelabuhan di Ashdod dan Haifa, kerana mahu mengelak kesan politik akibat berurusan dengan Israel.

Menurut agensi berita Israel iaitu Haarets, firma-firma itu sebaliknya bekerjasama dengan syarikat Sepanyol iaitu FCC dan Cyes, termasuk syarikat Jerman iaitu Möbius Bau, yang juga menarik dari dari proses bidaan beberapa bulan lepas, kerana berurusan dengan Israel akan menimbulkan masalah dengan peluang mereka untuk menjalankan bisnes di Timur Tengah.

Advertisement

Tahun lepas, boikot terhadap produk anggur dan kurma yang ditanam di tempat yang diceroboh Israel iaitu di Lembah Jordan menyebabkan kerugian sebanyak USD 29 juta kepada penceroboh di kawasan tersebut. Seperti yang dilaporkan oleh Washington Post, pendapatan dari eksport merudum sebanyak 14%, sebab utamanya ialah rangkaian pasaraya gergasi di Eropah membuat keputusan untuk memboikot produk tersebut.

David Elhayani, ketua Majlis Kawasan Lembah Jordan memberitahu Washington Post:-

Mulai hari ini, kami tidak lagi menjual kepada pasaran Eropah.

Zvi Avner, ketua jawatankuasa pertanian di Lembah Jordan berkata penjualan lada dan anggur kepada Eropah Barat telah jatuh sebanyak 50% dan herba segar pula jatuh sebanyak 40%.

Pada tahun 2009, United Kingdom secara berperingkat mula melabel dan memboikot dengan sepenuhnya produk penceroboh Israel, bersama dengan negara-negara Scandinavia, dan telah menyebabkan 550, 000 orang penceroboh bangsa Yahudi di West Bank berasa bimbang.

Marks & Spencer, Morrisons dan Waitrose ialah antara firma British yang telah berhenti menjual produk penceroboh. Pasaraya Jerman, Kaiser, juga telah membuat keputusan moral untuk berhenti menjual produk penceroboh.

Ramai merasakan trend ini secara perlahan mula berkembang di Barat sebagai menentang Israel, sama seperti apa yang telah menjatuhkan rejim Aparteid di Afrika Selatan.

Laporan asal: World Bulletin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

2 Comments

  1. Anonymous

    July 25, 2014 at 9:37 am

    Tak cukup power tindakan tu… kalau PBB buat sekatan ekonomi lagi bagus… kenapa negara Islam tak boikot PBB sekali.. PBB pun tutup sebelah mata je..

  2. planet terbarai

    July 21, 2014 at 9:32 am

    you deserve it…with what you have done…you deserve more than that actually…!!!

Loading...