“Mentality Kelaut!” – Wanita ‘Naik Hantu’ Jiran ‘Letup’ Mercun Bola Di Koridor Kondo

Kehidupan

“Mentality Kelaut!” – Wanita ‘Naik Hantu’ Jiran ‘Letup’ Mercun Bola Di Koridor Kondo

Apabila hidup berjiran, kita seharusnya mengambil berat dari segala aspek supaya boleh mengekalkan keharmonian yang ada sesama jiran tetangga dan tidak menimbulkan sebarang perbalahan ataupun masalah.

Tetapi apa yang dilalui oleh seorang wanita ini sama sekali tidak melambangkan keharmonian jiran tetangga. Dia berkongsikan satu video di platform TikToknya meluahkan rasa ‘berang’ apabila jirannya bertindak bermain mercun di lokasi yang tidak sesuai.

Advertisement

Lagi membuatkan wanita berkenaan ‘naik hantu’ kerana jirannya bermain di kawasan rumah Kondominium.

Menurutnya, kekecohan berlaku di kawasan rumah apabila jirannya mula membaling mercun di kawasan koridor serta tempat berhampiran dengan lif.

Bila aku tengah masak, dia main mercun bola depan rumah aku kuat gila bunyi.

Apabila wanita itu keluar ingin melihat siapakah yang membaling mercun itu, jiran berkenaan sempat berseloroh mengatakan dia mahu ‘skodeng’.

Melihat dari video yang di muat naik, jelas terlihat keadaan koridor yang kotor serta serpihan mercun yang sudah meletup.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

extend rumah flat haram
6 bulan lalu

"PBT 'Tutup Mata' Ke?"- 'Extend' Rumah Flat Sesuka Hati, Netizen Gelar 'B40 Kayangan'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...