Menghiburkan Dan Sempoi, Penonton Mahu Erra Fazira Dikekalkan Sebagai Hos MeleTOP

Hiburan

Menghiburkan Dan Sempoi, Penonton Mahu Erra Fazira Dikekalkan Sebagai Hos MeleTOP

Selepas selebriti popular, Neelofa mengundurkan diri daripada rancangan MeleTOP mulai tahun 2020, ramai yang tertanya siapa agaknya yang bakal menggantikan tempatnya sebagai pengacara rancangan hiburan tersebut. Ada beberapa nama yang disebut bakal bergandingan dengan Nabil iaitu Mira Filzah dan Ain Edruce tetapi belum ada sebarang pengumuman rasmi mengenainya.

Advertisement

Semalam pihak MeleTOP membuat kejutan istimewa dengan menampilkan primadona, Erra Fazira sebagai hos jemputan.

Kemunculan Erra itu mendapat reaksi yang positif daripada netizen. Rata-rata netizen akui dia mempunyai aura tersendiri yang membuatkan program tersebut lebih menarik. Malah, telatah Erra yang cukup sempoi membuatkan penonton terhibur, gandingan yang sangat sesuai bersama Nabil.

erra fazira

erra fazira meletop

Erra versatil dan matang

erra fazira meletop

erra fazira hos jemputan meletop

Harap kekal sebagai hos

erra fazira

erra fazira meletopRamai yang berharap agar Erra dapat dikekalkan sebagai hos pada masa akan datang. Mereka sangat berpuas hati dengan gaya pengacaraannya yang matang, profesional ketika bertanyakan soalan kepada tetamu jemputan dan mampu memikat hati penonton.

Erra memang dikenali dengan sikapnya yang selamba, tetapi pada masa yang sama dia cukup versatil serta profesional dalam kerjanya. Apa pendapat anda, setuju tak kalau Erra dikekalkan sebagai hos MeleTOP?

Kredit  Foto & Video: Instagram MeleTOP & MindOrder Management

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...